CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 43078|Reply: 20

[Dunia] Lelaki berjimat 21 tahun, bersara awal dengan RM4 juta

[Copy link]
Post time 24-7-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berjimat 21 tahun, bersara awal dengan RM4 juta

https://www.hmetro.com.my/global ... wal-dengan-rm4-juta

Agensi

Disiarkan pada: Julai 24, 2024 @ 2:06pm


LELAKI itu sanggup makan makanan yang ringkas untuk menjimatkan wang. FOTO Agensi

Tokyo: Seorang lelaki Jepun menarik perhatian apabila menjalani kehidupan sangat berjimat cermat selama 21 tahun kerana ingin menjimatkan sehingga AS$640,000 (kira-kira RM2.9 juta).

Usahanya dengan matlamat bersara awal itu membuahkan hasil apabila dia baru-baru ini mengumumkan bersara dengan AS$860,000 (kira-kira RM4 juta).

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki yang tidak dikenali itu yang berusia 45 itu memulakan rancangan simpanannya pada awal 2000-an, selepas mendapat pekerjaan yang stabil.

Syarikatnya memerlukan pekerja bekerja lebih masa, dengan kadang-kadang sehingga lewat malam.

Dalam usaha untuk menjalani gaya hidup 'bebas kewangan, bersara awal', lelaki itu yang memperoleh gaji tahunan kira-kira AS$32,000 (kira-kira RM192,000) merangka rancangan teliti untuk menjimatkan 100 juta yen (AS$640,000 atau kira-kira RM2.9 juta), seawal mungkin.

Dia bermula dengan memberi dirinya identiti dalam talian sebagai 'Lelaki Yang Pasti Akan Berhenti Kerja' sebagai motivasi.

Selama lebih dua dekad, dia tinggal di asrama syarikat, membayar AS$190 (kira-kira RM887) sebulan untuk sewa, dan mencari peralatan dan perabot rumah yang dibuang oleh pemilik asal.

Makanannya sangat menjimatkan, dengan makan malam biasa mungkin terdiri daripada plum masam, beberapa sayur masin dan semangkuk nasi.

Kadang-kadang makan malam itu hanyalah minuman tenaga, yang diperolehnya menggunakan mata percuma dari kedai serbaneka.

Dia juga akan mengambil minuman berkarbonat dan biskut sebagai hidangan malamnya sambil menonton filem bertemakan penjara dan bergurau bahawa kehidupannya dalam syarikat itu tidak berbeza dengan menjalani hukuman penjara 20 tahun.

Selepas ketuhar gelombang mikronya pecah, dia juga beralih kepada makan keledek dari musim sejuk ke musim panas, dengan memasaknya menggunakan haba musim panas di cermin depan kereta rakan sekerjanya.

Selain itu, dia tidak pernah menggunakan penyaman udara atau pemanas, sebaliknya memilih untuk menyejukkan badan pada musim panas dengan kemeja-T basah dan memanaskan badan pada musim sejuk dengan melakukan gerakan mencangkung (squat).

Usahanya membuahkan hasil awal tahun ini apabila dia mengumumkan di media sosial bahawa dia akhirnya berjaya mencapai sasaran simpanan AS$860,000 (kira-kira RM4 juta) selepas 20 tahun 10 bulan bekerja untuk syarikat itu.

Selepas mencapai kebebasan kewangan, kehidupannya bertambah baik.

Dia kini menikmati empat telur rebus untuk sarapan pagi dan membeli ketuhar gelombang mikro supaya dia boleh menikmati hidangan panas.

Bagaimanapun, kegembiraannya tidak lama, kerana baru-baru ini mendedahkan bahawa simpanannya menyusut secara mendadak akibat penyusutan nilai Yen sejak awal tahun ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
4 juta x cukup, harini sepinggan 10, 2030 sepinggan 20, 2050 sepinggan 50
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 24-7-2024 06:34 PM
4 juta x cukup, harini sepinggan 10, 2030 sepinggan 20, 2050 sepinggan 50

jgn laa...iolls sejuta pun tade oo
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 07:01 PM | Show all posts
extreme nya... jgn lepas 1-2 tahun kiok, tak merasa smua duit tu

boleh je nak menyimpan, tp berpada2 la nokkksss.. ni sampai makan pun nak dicatu.. . makan tu no 1, even bukan mentakedarah harus la berkhasiat kena dekat tekak


ni dah level kemut taidong masin

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena fikir untuk laburkan duit simpanan heshe dalam ASB sissy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 24-7-2024 06:34 PM
4 juta x cukup, harini sepinggan 10, 2030 sepinggan 20, 2050 sepinggan 50

cukup la tu hidup seadanya
chuols kalau umur 60an makan serupa 30an lagi tu membela saka namanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit yg banyak jangan disimpan dalam savings account. Kena invest barulah duit tu bekerja utk kita. Even fixed deposit pun ciput aje return dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib tak mati sebelum dpt bersara. Kalau tak sia2 je hidup gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada 4 juta pun masih berjimat..hanya makan telor 4 biji sajo..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 24-7-2024 07:11 PM
Dia kena fikir untuk laburkan duit simpanan heshe dalam ASB sissy.

Kalu kat Tokyo rm 4juta tu memang lah tak byk mana.Nak tampung sara hidup 10tahun lg pun tak cukup kalu tak dilaburkan.Kalu kat Malaysi ni 1.5 M kira dah ok kali bujang  tiada komitmen. Adek aku bujang dah plan retire pd umur 45th .Asb dah penuh, FD pun ada.Kalu termasuk kwsp kira ada lah dlm 2M.Kira dah boleh pencen muda sbb loan semua pun dah takde.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:02 PM | Show all posts
nanti dia migrate penang or cameron la tu, join MM2H, berbaloi jadik expat mesia dengan that amount of money
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak makan ayam kukus ke?

Tetiba rasa nak beli periuk kukus
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:14 PM | Show all posts
tiada nikmat hidup begitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:19 PM | Show all posts
Kalau tak kawin..tak de anak. Iols pon boleh buat mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:23 PM | Show all posts
harap2 beliau sihat untuk menikmati hasil usahanya itu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 05:05 PM | Show all posts
Acik acik scammer is shakingg nak tahu no phone beliau
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimanapun, kegembiraannya tidak lama, kerana baru-baru ini mendedahkan bahawa simpanannya menyusut secara mendadak akibat penyusutan nilai Yen sejak awal tahun ini.

Amek ko! Kedek nk mampos
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:39 PM | Show all posts
patut simpan emas dan migrate ke negara lain cam panama,tailent
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnya..mcmama nk jimat tu ye..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052224 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list