CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14383|Reply: 5

[Jenayah] Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam

[Copy link]
Post time 26-7-2024 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam

Seorang lelaki mengalami kerugian selepas pinjaman ASB dilakukan bersama sebuah bank dibatalkan tanpa pengetahuan dirinya. — Gambar hiasan

KERUGIAN dialami seorang lelaki ekoran pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM50,000 miliknya dibatalkan pihak bank mendapat maklum balas seorang peguam.

Mohd Haijan Omar yang merupakan seorang peguam menggesa agar individu berkenaan tampil membuat laporan polis terhadap bank tersebut atas faktor penipuan dan kehilangan wang yang disifatkan tidak logik.

"Selain daripada membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM), laporan polis dan tindakan undang-undang seharusnya dikenakan terhadap syarikat bank tersebut.

"Tak logik wang simpanan ASB yang sepatutnya selamat dan terlindung, boleh hilang terbatal tanpa pengetahuan pemilik akaun.

"Bank perlu bertanggungjawab, mana boleh berikan jawapan tak tahu dan sewenangnya minta pemilik mendaftar akaun baharu, ini di bawah tanggungan mereka, sepatutnya dikenakan saman terus," katanya kepada Majoriti.

Haijan Omar (kiri) menggesa pihak bank tampil bertanggungjawab atas isu kehilangan simpanan ASB seperti yang tular di laman sosial.

Tambahnya, unsur penipuan scam juga mungkin wujud dalam isu tersebut ekoran kes kehilangan wang dalam bank kerap berlaku kebelakangan ini.

"Tak dinafikan bahawa isu ini juga boleh dikaitkan dengan jenayah scam sama ada dari luaran mahupun dalaman pihak syarikat bank berkenaan.

"Jika BNM tidak memberikan sebarang respon, sebaiknya mangsa terbabit perlu segera melaporkan ke pihak atasan segera, jangan lepaskan kes sebegini atau lebih ramai yang akan alami nasib sama," ujarnya.

Terdahulu, mangsa, Noor Farzli menerusi perkongsian yang dibuat pada Selasa, mendedahkan mengalami kerugian selepas pinjaman ASB bagi tempoh 25 tahun yang dilakukan bersama sebuah bank dibatalkan tanpa pengetahuan dirinya.

Lebih menyedihkan apabila wakil bank hanya membuat permohonan maaf atas kesalahan dilakukan dan hanya menyarankan dirinya agar melakukan pinjaman baharu.

Akibatnya, dia hanya mendapat jumlah pulangan semula yang sangat sedikit iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan jumlah bayaran bulanan keseluruhan yang dilakukannya dalam tempoh lima tahun. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Which bank pls?
Semoga urusan bro dipermudahkan.
Stress wei kalau kena gini
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ko x byr instalment ke...so bank forced sell?  ambik loan kat branch..lps tu semua loan centre yg uruskan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:55 PM | Show all posts
"Bank perlu bertanggungjawab, mana boleh berikan jawapan tak tahu dan sewenangnya minta pemilik mendaftar akaun baharu, ini di bawah tanggungan mereka, sepatutnya dikenakan saman terus," katanya kepada Majoriti.

??????     Bank mana ni? Peminjam tak bayar ke? Bila buat last payment? No. Account semua hilang, staff tak boleh trace langsung ke? Hairan betul. Sejak bila hilang/peminjam sedar hal ini? Yearly ASB (5 tahun) statement ada beza ke? Ada toyol duduk dalam tu? Kes ini sangat alarming. Loan ASB biasanya mesti jumlah besar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
X silap aku dia tanya kat fb page Tanya Peguam. Gi carik situh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 01:17 PM | Show all posts
kalau tanya kat branch, dorang ni mmg x tau...
especially bebudak baru..tau jual produk je dorang ni...
at least tanya call centre...
chk la on9 statement ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035935 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list