CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14102|Reply: 49

Cuba Nasib Tumpang Kereta Orang Awam Secara Percuma, Geng ‘Backpacker’ Mat Saleh Diperli Netizen - "Orang Kita Terlebih Prihatin"

[Copy link]
Post time 26-7-2024 10:28 PM | Show all posts |Read mode






Bagi negara Barat, budaya hitch hike adalah sesuatu yang biasa dan tidak hairanlah mengapa mereka akan melakukan perkara itu apabila melancong ke negara lain.


Bagaimanapun, bagi kita ia bukanlah budaya yang diamalkan kerana kita selalu diingatkan untuk berhati-hati dan berwaspada terutamanya dengan orang tidak dikenali.


Tindakan dua pelancong backpacker dari luar negara mencuba nasib untuk menumpang kereta orang awam mengundang kritikan netizen.


Rakaman itu tular di TikTok dan ia memaparkan backpacker terbabit berdiri di tepi jalan tempat kereta lalu lalang memegang kadbod kecil dengan tertera nama tempat yang mereka mahu pergi iaitu Gerik.




Difahamkan, jarak di antara Gerik dan tempat mereka berada itu adalah sejauh 55 kilometer.





“Nak free je” – Netizen


Tindakan mereka yang gigih menanti bantuan pemandu yang lalu lalang untuk berhenti dan menumpangkan mereka telah mendapat sindiran netizen.


Ada yang mengkritik tindakan mereka dan menganggap dua sekawan itu mengambil kesempatan di atas sikap baik hati rakyat Malaysia.












Berdasarkan video lain, mereka dilihat memang menggunakan cara itu untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, dengan menumpang orang awam.


Nampaknya, rancangan mereka untuk ke setiap lokasi dituju secara percuma berjalan dengan lancar kerana menerusi hantaran di TikTok dua sekawan tersebut dilihat sudah menjelajah ke banyak tempat di Malaysia.




Sumber : Beautifulnara






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 10:40 PM | Show all posts
cuba yang buat tu rohingya atau bangla, hade kereta nak berhenti sambil senyum2 gitu? berhenti pun untuk maki aje, tak gitu sis? toksah la pandang tinggi sangat kat omputih tu, diorang pon ada je versi pprt macam kat negara kita. Unless dia bayar la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk melancong tp kedekut.org kita pon brlumba2 la nk tolong omputeh.cuba pelancong tu kulit gelap.mesti xde org nk brhenti
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 10:43 PM | Show all posts
kalau putih je pickup, tk kesah background apa, pennyamun ke perompak ke.. cuba tang melayu, bangla, myanmar. tak dan nya nk menolong gitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi nak ke gerik tu aku rasa susah gak nk dpt bas tu. 55km dr grik maksudnye die kat lenggong la kan? Mana ada apa kat lenggong tu wei. Hutan dan bukit je keliling tu.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
White ass privilege.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2024 11:03 PM | Show all posts
sengkeknya, melancong jauh2 tapi ambik grab pun tak mampu ke?

anyhooo hitch hiking kat Malaysia, kemungkinan utk terjumpa serial killer sgt rendah but never zero. good luck.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 26-7-2024 10:44 PM
Tapi nak ke gerik tu aku rasa susah gak nk dpt bas tu. 55km dr grik maksudnye die kat lenggong la ka ...

Travel takkan takde itinerary include fikir transportation.
Memwng perangai puak2 ni macam ni. Tlg lah jgn dibawak ke Malaysia. Tu belum lg omputih dok mintak sedekah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
baca komen netizen suruh dia naik public transport, dia reply "boring"

pastu ada pulak netizen kutuk negara sendiri tak tahu culture hitch hike..orang bukan tak tahu la tapi tak hadap nak tumpangkan mat saleh pprt
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba kalau rohingya ?
time tu jugak dimaki agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 01:56 AM | Show all posts
Suhakam mana suhakam???
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 08:36 AM | Show all posts
gigihnya tumpangkan omputih pprt ni bagai...  

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 26-7-2024 04:52 PM

Acik acik pasti tidak pernah jumpa asian backpacker jadi hitchiker di barat kan.... Some more ada tidur di park... Aku tiada rasa mahu keji miskin kah apa ini salah 1 method depa travel untuk save cost... Lain orang lain cara...depa cari yang willing untuk tompang kan... Aku pasti orang begini banyak experience di banding kan dengan ambil paxkage mewah... Dahulu aku solo di thailand ter utamanya thai(banyak di khaosan)walaupun bukan my fav spot .tanya saja kepada depa imformation refer lonely planet and couch surfing saja..lebih mudah communication. Sekarang saja imformation banyak di internet...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 26-7-2024 11:06 PM
baca komen netizen suruh dia naik public transport, dia reply "boring"

pastu ada pulak netizen kutu ...

Last week dekat traffic light cyber... kereta sebelah aku tetiba ada mat salleh berpakaian selekeh nak mampos, selamba je ketok cermin orang utk masuk tumpang keta (hitch hike)...


Seriously selekeh aku ingat mat saleh tu ada penyakit bipolar maniac or even schizo..

Kalo aku di tempat pemandu tu, mmg aku takkan bukak pintu la... padahal aku tengok muka pemandu tu pun mcm cuak2 tp dia bukak juga pintu kasi tumpang..

Tak pikir keselamatan ke????
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomen..tolong la wajibkan semua pelancong ni ada cukup duit nak melancong dalam Malaysia. Kita gi negara dia, berabis nak kena tunjuk ticket balik, AC accommodation, duit belanja cukup. Boleh deport dah omputeh macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kisah la i nak save cost ke apa..takde duit buat cara takde duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ummah bodoh dok hadap omputih dan menumpangkan mereka secara free.
Ni kalau singgah kedai pun dorang pau jugak makanan free.
Hello geli busuk pengotor ummah omputih ni pun masih ada yang hadap. Cuba Bangla Rohingya minta tumpang. Dijuih2nya mulut. Dasarr pandang warna kulit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 26-7-2024 11:03 PM
sengkeknya, melancong jauh2 tapi ambik grab pun tak mampu ke?

anyhooo hitch hiking kat Malaysia, k ...


Sisthur culture bandar dan luar bandar berbeda ya.

Sebab tu ada kisah kereta sewa Farah Kartini, takda cerita grab car ke apa.

Meols tak tahu guna grab car dan memang tiada grab car di Sabak Bernam. Tapi meols guna apps Grab in case meols pergi KL dan ada customer meols minta hantar barang guna grab dan penghantar perlu call guna apps tu. But that case is not applicable in my hometown Sabak Bernam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Miskin mcm ni dtg msia blh jadi kaya just sbb kulit putih auto model level..pffftttt...

Ape punya mentaliti laaa org msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
eh jap. mat saleh la byk kes jenayah pelik2. culik bunuh rogol liwat. korang x takut ke tumpangkan diorg? melainkan diorg ni tayar pancit ke, accident ke or apa2 emergency patut la dibantu. ni saja2 ja nk hitchhike. geram jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.046614 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list