CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9901|Reply: 6

Liga Super: Hatrik Bergson bantu JDT benam skuad Penyu 4-0

[Copy link]
Post time 26-7-2024 11:26 PM | Show all posts |Read mode






ISKANDAR PUTERI – Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam tadi dicemari insiden kontroversi setelah pemain pertahanan TFC dilayangkan kad merah pada babak pertama.


Layangan kad merah oleh pengadil, Fitri Maskon terhadap Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menyaksikan skuad Penyu terpaksa dengan 10 pemain bagi tempoh 60 minit permainan.''


Gol yang diburu pasukan tuan rumah hadir seawal minit keenam apabila Heberty Fernandes yang mendapat umpanan Arif Aiman Hanapi melepaskan rembatan lencong yang gagal diselamatkan penjaga gol, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.


Ayam tambatan JDT, Bergson Da Silva hampir menambah jaringan pada minit ke-26 bagaimanapun tandukan yang dilakukan tepat ke arah penjaga gol lawan.


Pada minit ke-30, insiden kontroversi berlaku apabila Bergson gagal menyambut hantaran lintang Arif Aiman setelah ditolak Muhammad Ubaidullah.


Pengadil perlawanan bukan sahaja menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah malah melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan itu setelah membuat pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR).


Penyerang kelahiran Brazil itu tidak berdepan tugas sukar menyusahkan sepakan penalti itu bagi meletakkan JDT selesa di hadapan.




Bergson hampir menambah jaringan peribadi pada penghujung babak pertama namun sepakan voli yang dilakukan di dalam kotak penalti sedikit tersasar.


Walaupun tempang setelah beraksi dengan 10 pemain, anak buah Tomislav Steinbruckner tetap melawan dan elakukan serangan ke arah kubu lawan namun tidak ada percubaan berbahaya mampu dicipta.


Pada minit ke-64, SSI bergema sekali lagi apabila Bergson meledak gol ketiga pasukan setelah memanfaatkan hantaran lintang Juan Muniz dengan melepaskan tandukan rendah yang gagal diselamatkan penjaga gawang TFC.


Bergson menambah derita buat pasukan pelawat apabila melengkapkan hatrik pada perlawanan itu dengan meledak gol keempat perlawanan.


Kemenangan itu menyaksikan Harimau Selatan mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan mengutip 18 mata daripada enam perlawanan.




Sumber : Kosmo






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sory. Bosan.

Olimpik pleaseee
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut bagi kad kuning dah cukup. Pengadil rosakkan game.

Boring tgk game JDT. Baik tgk game lain yg team lebih kurang sama kuat, baru rasa debor skit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 09:16 AM | Show all posts
malaysia ada liga bola kerrr??????
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:39 AM | Show all posts
semua sibuk dgn Olympic Games.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 12:03 PM | Show all posts
dgr kata dia masok sepital .... betol ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2024 06:30 PM | Show all posts
Terengganu betul bagai jatuh ditimpa tangga. Dah lah Pawi dgn Akhyar tak boleh diturunkan, kemudia main pula 10 orang. Akinade pun injured. Apa lagi ko nak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035918 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list