CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28658|Reply: 1

[Tempatan] Kereta rempuh premis kopi selepas dirempuh kereta lain

[Copy link]
Post time 30-7-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sebuah Honda City yang dilanggar dari belakang Perodua Kancil merempuh dinding kaca sebuah premis jenama kopi antarabangsa terkenal di Sekinchan pada Selasa. - Sinar Harian

SABAK BERNAM: Sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki melanggar belakang sebuah Honda City yang kemudiannya merempuh dinding kaca sebuah premis jenama kopi antarabangsa terkenal di Sekinchan pada Selasa.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu berlaku selepas lelaki dipercayai berusia lingkungan 60-an itu selesai mengisi minyak bersama isterinya.

Seorang saksi enggan dikenali berkata, kejadian itu disedari apabila ternampak kereta dipandu lelaki itu meluru ke hadapan dan melanggar Honda City yang sedang parkir di hadapan premis terbabit.


"Akibat rempuhan itu, kereta Honda City bergerak ke depan dan ketika itu saya dengar bunyi dentuman kuat sebelum cermin kaca premis pecah dan bertaburan atas lantai," katanya ketika ditemui pada Selasa.

Menurut saksi itu, selepas kejadian itu, pemandu Perodua Kancil itu hanya tergamam, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ketika kejadian, tiada pelanggan di dalam premis terbabit dan tidak melibatkan sebarang kecederaan.
"Saya difahamkan, pasangan suami isteri itu telah dibawa pulang oleh ahli keluarga mereka dan kereta Perodua Kancil masih berada di tempat kejadian," ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden, Mohd Ambia Nordin mengesahkan kejadian terbabit.

"Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sekinchan dan kes disiasat oleh Bahagian Trafik IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Selangor," tambah beliau.

*Artikel disiarkan di Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kedai kopi antarabangsa terkenal tak lain tak bukan richiamo coffee la khen sissy?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 129938 Replies : 3705
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 42033 Replies : 647
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41472 Replies : 318
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 16410 Replies : 127
Ruhainies diminta jadi Orix
Glass_shoesRuhainies diminta jadi Orix
Views : 33536 Replies : 33
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56503 Replies : 521
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 54648 Replies : 61
Pemain tennis wanita Yulia Putintseva di boo penonton kerana berkelakuan buruk terhadap 'ball girl' di  Terbuka AS
YgBenarPemain tennis wanita Yulia Putintseva di
Views : 28921 Replies : 18
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26531 Replies : 106
Walaupun  tidak memberikan pulangan yang lumayan,Khazanah Pertahan Pelaburan Berjumlah RM27 Juta Pada FashionValet
YgBenarWalaupun tidak memberikan pulangan yang
Views : 61245 Replies : 104

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.036385 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list