Edited by maklukpenggoda at 4-8-2024 08:45 PM
Update:
HARAPAN Malaysia untuk menyaksikan Lee Zii Jia mengintai slot ke final Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian selepas perseorangan lelaki negara itu tewas straight set kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn di separuh akhir sebentar tadi.
Dalam aksi yang berlangsung kurang 60 minit itu, Zii Jia kalah 14-21, 15-21 kepada pemain di ranking kelapan dunia itu.
Permulaan set pertama menyaksikan, Zii Jia yang juga juara All England tampak garang apabila mendahulu tiga mata sebelum Vitidsarn mengumpul mata demi mata untuk mendahului saingan tersebut.
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Lee Zii Jia memerlukan dua set dan 53 minit sebelum menempah tiket ke separuh akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Paris, sebentar tadi.
Pemain profesional negara mengejutkan pilihan keempat temasya, Anders Antonsen dari Denmark 21-17, 21-15 pada aksi suku akhir di Porte de La Chapelle Arena yang bergema dengan sorakan penyokong kedua-dua negara.
Zii Jia, pemain pilihan ketujuh, bermula garang dengan corak serangan pantas yang memerangkap lawannya beberapa kali terutama permainan di jaring yang kemas dan jarang sekali melakukan kesilapan.
Pemain berusia 25 tahun itu mendahului 11-8 pada set pertama sebelum menamatkan set itu dengan pukulan smash bertalu-talu yang akhirnya gagal dibalas Antonsen dan berakhir dalam tempoh 26 minit.
Pada set kedua, Zii Jia meneruskan corak permainan sama tetapi agak kurang konsisten selepas mendahului 11-6.
Antonsen, yang sebelum ini mendahului 5-3 dalam rekod pertemuan dengan Zii Jia, pada ketikanya berjaya mengurangkan jarak mata dan cuba mengejar untuk memaksa set penentuan 10-14, 11-16 dan 15-18.
Namun selepas bertarung 53 minit di tengah gelanggang, Zii Jia mengutip mata kemenangan selepas pukulan balas Antonsen terkeluar di garisan belakang gelanggangnya.
Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia akan bertemu bintang badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada separuh akhir Ahad ini.
Kunlavut, penyandang juara dunia dan pilihan kelapan, mengejutkan pilihan utama Shi Yu Qi dari China 21-12, 21-10 dalam tempoh hanya 43 minit.
BH
|