CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 60452|Reply: 38

[Tempatan] Wanita Malaysia saman FBI, dakwa ditipu oleh Elon Musk kini terlalu miskin dan kini menerima bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

[Copy link]
Post time 4-8-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang wanita warga emas telah membawa kesnya ke mahkamah selepas didakwa ditipu oleh satu skim pelaburan yang didakwanya dipromosikan oleh seorang pengguna Facebook yang menyamar sebagai lelaki terkaya di dunia, Elon Musk.

Menurut laporan Scoop, suri rumah berusia 62 tahun itu telah memfailkan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui saman pemula, di mana dia mendakwa telah didekati oleh lapan akaun Facebook yang menggunakan nama Elon Musk dan Elon Reeves Musk.



Dalam samannya, wanita itu mendakwa dia telah dipujuk untuk melabur dalam Tesla atau platform pelaburan lain yang disyorkan oleh seorang individu bernama Ivan Pacheco, yang mendakwa dirinya sebagai pengurus pelaburan Elon Musk.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa pada 13 Januari, wanita itu telah melabur AS$250 (kira-kira RM1,129) dengan individu yang menyamar sebagai Elon Musk dan AS$50 (kira-kira RM225) dengan Ivan Pacheco.

Wanita tersebut membuat pelaburan itu selepas dijanjikan keuntungan sebanyak AS$14,100 (kira-kira RM63,700), yang kemudiannya akan dipindahkan ke akaun Maybanknya melalui dua bank yang berpangkalan di AS, Wells Fargo dan Bank of America.

Bagaimanapun tiada satu pun keuntungan yang dijanjikan itu dikreditkan ke dalam akaunnya.



Tidak lama selepas itu, wanita tersebut dihubungi oleh satu akaun Facebook yang menggunakan nama ibu Elon, Maye Musk, di mana dia dijanjikan hadiah mewah sebanyak AS$10,000,000 dan beberapa kenderaan Tesla.


Bagi mengetahui lebih lanjut tentang situasinya, wanita tersebut telah mendapatkan bantuan daripada sebuah firma guaman yang berpangkalan di Hong Kong, Robertsons, yang memberitahunya bahawa akaun-akaun Facebook tersebut dikendalikan oleh scammer di Myanmar.

Menurut satu eksibit yang dilampirkan kepada afidavitnya, wanita tersebut mendakwa bahawa RM10,000 telah ditipu daripadanya.

Wanita itu kemudiannya memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa diwakili peguam, dengan menyatakan bahawa dia terlalu miskin dan kini menerima bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Dalam saman tersebut, dia menamakan “Federal Bureau of Investigation (FBI) – Kedutaan AS di Kuala Lumpur”, jabatan siasatan jenayah komersial polis dan bahagian anti-pengubahan wang haram sebagai defendan.

Selain daripada saman tersebut, wanita itu juga memohon perintah mahkamah yang mengarahkan FBI untuk menyiasat keuntungan yang dijanjikan tetapi tidak pernah dimasukkan ke dalam akaunnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2024 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
??????? Berbelit-belit jln cerita.......apo??? Ketahikan apakah ini???
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pepatah melayu baru bagai bodo ditimpa bangang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik ni kene tipu RM10K jer.. tp terus jatuh miskin..siap dpt bantuan kewangan MAIWP.. tapi kemain leh byr lawyer bagai.. aku confuse
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
nmpk mcm kes main² tp takkan lawyer bodo sgt nak layan kes mcm ni Mesti la diaorg pandai utk handle kes yg legit
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang kena scam dah sah la bodo..aku yang baca pon serupa bodo jugak sebab tak faham cerita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereng kut acik ni.  Camne 10k lak dia kirim tak sampai 1500.  Dah tau scammer dia nak suruh fbi check kenapa dia tak dapat 'untung' tu deposited dlm akaun dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols is confused...bila masa dia melabur rm10k...mula2 baca article ingat labur juta2 sampai nk saman FBI..sekali ratus2 ye...camne dia byr lawyer kalau dia miskin? Ke ada yg buat probono?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape lawyer acik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada legit document yg janjikan keuntungan sampai acik ni bwk masuk mahkamah? Sape lawyer yg advice dia? Iols takut dia jatuh miskin bkn sbb pelaburan ni tp disbbkan kena scam dgn lawyer dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca balik betul2.. Acik ni takdo lawyer..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Instead of bw kes sampai court, baik la nenek ni pergi spital cek mental dia dl
Aku rasa nak gelak guling2 bila baca tahap kepercayaan dia bleh dpt untung tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 4-8-2024 03:14 AM
Pepatah melayu baru bagai bodo ditimpa bangang.

Bangang ni kira mcm lori najis la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha..cerita komedi menceriakan my Sunday morning
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 10:06 AM | Show all posts
Skim pelaburan ke nih?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 4-8-2024 06:54 AM
Acik ni kene tipu RM10K jer.. tp terus jatuh miskin..siap dpt bantuan kewangan MAIWP.. tapi kemain l ...

Kesimpulan nya, dia mmg miskin je.
Mangsa2 scammers lain biasa rugi ratus ribu, juta kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2024 12:32 PM | Show all posts
Zack8hunter replied at 4-8-2024 06:54 AM
Acik ni kene tipu RM10K jer.. tp terus jatuh miskin..siap dpt bantuan kewangan MAIWP.. tapi kemain l ...

Wanita itu kemudiannya memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa diwakili peguam, dengan menyatakan bahawa dia terlalu miskin dan kini menerima bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kita semua dijauhkan dari ditipu sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tua2, harap kita semua waktu tua jauhi ditipu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
memula ingat cina sebab dapatkan bantuan guaman dari hong kong, hujung2 dapat bantuan kewangan pulak dari maiwp..melayu muslim ke

confius acik aih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 6748 Replies : 3
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41959 Replies : 326
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 137478 Replies : 3897
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 43684 Replies : 661
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
intan_smsbSAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Views : 26528 Replies : 13
Ruhainies diminta jadi Orix
Glass_shoesRuhainies diminta jadi Orix
Views : 61414 Replies : 49
Turkish delight vs singkong, acik gagah tersenyum bangga
ModngengadeTurkish delight vs singkong, acik gagah
Views : 828 Replies : 1
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21492 Replies : 505
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26713 Replies : 118
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 103148 Replies : 1632

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.280731 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list