CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11303|Reply: 7

[Tempatan] Syarikat China dominasi harga pasaran online, bimbang 'seller' lokal senasib peniaga Indonesia

[Copy link]
Post time 9-8-2024 08:25 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat China dominasi harga pasaran online, bimbang 'seller' lokal senasib peniaga Indonesia

Syarikat-syarikat dari China kini giat memperluaskan pengaruh mereka dalam pasaran e-dagang Malaysia dengan pendekatan yang berani dan teratur.

TIDAK dinafikan, seiring dengan perkembangan teknologi jualan secara dalam talian sememangnya menjadi suatu trend perniagaan yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat masa kini.

Malah dalam negara sendiri, permintaan untuk membeli barangan dan produk dari dalam luar negara secara dalam talian juga semakin meningkat.

Sehubungan itu, tidak hairanlah syarikat-syarikat dari China kini giat memperluaskan pengaruh mereka dalam pasaran e-dagang Malaysia dengan pendekatan yang berani dan teratur.

Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd Zulariffin Md Maarof mendakwa, syarikat-syarikat dari China telah mula memasuki negara ini secara besar-besaran bagi mengembangkan perniagaan mereka.

"Beberapa syarikat China telah berpindah ke Malaysia untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka tidak lagi bergantung kepada pasaran offline tetapi lebih fokus kepada strategi dalam talian.

"Mereka turut mendirikan warehouse fulfillment (gudang) untuk menyokong operasi penjualan mereka di platform Shopee, Lazada, dan TikTok.

"Dengan menubuhkan warehouse untuk menyimpan stok di Malaysia, syarikat-syarikat ini dapat menjalankan TikTok live secara terus menerus dan memasarkan produk mereka melalui platform e-commerce, yang membolehkan mereka menjangkau lebih banyak pengguna pada kos yang lebih rendah," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Jumaat.



Tambah Mohd Zulariffin yang juga merupakan usahawan dia sudah beberapa kali melawat beberapa kilang milik syarikat daripada China itu dan meluahkan rasa kagum.

"Di warehouse mereka, tingkat bawah dipenuhi dengan stok barang, manakala tingkat atas dijadikan bilik-bilik khusus untuk sesi live yang beroperasi 24 jam sehari.

"Taktik ini menunjukkan kesungguhan mereka untuk mendominasi pasaran tempatan.

"Selain itu, mereka juga menggaji pekerja dalam jumlah yang besar untuk bertindak sebagai live host di TikTok," katanya.

Walaupun, pasaran e-dagang di Malaysia kini sedang berkembang dengan pesat, namun dasar-dasar kerajaan yang memberi laluan mudah kepada syarikat-syarikat China untuk memperkukuhkan kedudukan mereka dalam negara akan membawa cabaran besar kepada peniaga tempatan, yang kini mula merasa terhimpit oleh persaingan yang semakin sengit.

Akibatnya, ramai peniaga tempatan mula terkesan dan mengeluh tentang kesukaran untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat luar ini.

Situasi ini mencetuskan kebimbangan tentang bentuk penjajahan ekonomi moden yang sedang berlaku, sama seperti yang dialami oleh peniaga kecil di negara jiran, Indonesia sehingga menyebabkan Presiden, Joko Widodo atau Jokowi menghalang sebarang transaksi jual beli di platform TikTok pada September 2023.

Sehubungan itu, Mohd Zulariffin menggesa para peniaga tempatan untuk mengadaptasi perubahan ini dengan menjadi lebih pintar, menguasai teknologi terkini, dan sentiasa belajar perkara baharu.

"Apa yang kita perlu buat sebagai seller lokal (peniaga tempatan) kena menjadi lebih pintar, kuasai teknologi, belajar benda baharu setiap hari.

"Peniaga tempatan digesa untuk tidak hanya bergantung pada pasaran tempatan tetapi perlu meluaskan sayap mereka ke pasaran luar negara yang lebih maju.

"Ini termasuk menambah saluran baharu untuk memasarkan produk mereka, dengan harapan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tempatan dan terus bersaing di peringkat global," ujarnya.

Walaupun situasi itu menjadi satu cabaran besar kepada industri e-dagang di Malaysia, tetapi dalam masa yang sama, ia juga membuka peluang untuk peniaga tempatan mempertingkatkan daya saing mereka di pasaran yang lebih luas. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila gomen nak intro 10% on LVG, hampa kutuk kata kerajaan kejam la apa la. La ni baru tau buruk baik tax tu. Lepas ni nak suruh kerajaan buat apa pulak? Naikkan lagi import tax ka haramkan terus online shop?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 09:01 PM | Show all posts
Bodohnya protect peniaga bodoh ini.

Dulu peniaga dan pembeli malaysia boleh beli direct dari tempat yang sama. Harga memang murahlah sebab ada access terus ke china.

Kerajaan buat perkara bodoh nak protect peniaga kononnya. Apa nak protect, peniaga pun beli barangan china, bukan hasil produk dia pun, dia beli dari china lepas tu nak jual kepada rakyat malaysia, tak ker bodoh bila tak laku rasa di aniaya...

simple logik barang dari china, pembli boleh beli, peniaga juga nak beli lepas tu jual dimalaysia lagi mahal, tiada siapa nak beli... lepas itu minta protect... bodohnya kerajaan pun angguk kononnya jadi hero... padahal nak tax sahaja pun

aku sokong kalau dia nak jual produk dia sendiri, tetapi kalau jual barang china, lepas tu meraung-raung minta kerajaan protect, sedangkan pembeli boleh beli sendiri tanpa melallui peniaga bodoh ini.... maka ini scam, apa yang kerajaan buat sekarang adalah scam
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 09:33 PM | Show all posts
sendiri yg tak reti bersaing salahkan org lain..

Apa yg kita sebagai seller lokal kena buat adalah kena jadi lebih pintar, kuasai teknologi, belajar benda baru setiap hari
Dan mula start kuasai pasaran luar masuk ke negara-negara yg lebih membangun utk export barang lokal ke pasaran sana
Jangan bergantung harap pada pasaran lokal shj. Tambah channel baru, luaskan pasaran kita
Jangan terhadkan minda untuk berniaga di pasaran Malaysia semata-mata


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 10:07 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 11-8-2024 05:13 PM
plywood replied at 9-8-2024 09:01 PM
Bodohnya protect peniaga bodoh ini.

Dulu peniaga dan pembeli malaysia boleh beli direct dari tempat ...

Peniaga lokal yang berbangsa melayu yang selama ini survive karena adanya bantuan dan tongkat dari pihak kerajaan dipastikan akan pupus karena kalah bersaing dengan syarikat luar dari China .. tetapi syarikat lokal berbangsa china, india dan milik pendatang lainnya  tampaknya tetap akan ada peluang untuk tetap survive  karena sudah lama dan biasa  hidup di lingkungan bisnis yang X bersahabat  dan juga penuh dengan persaingan  keras   .... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 11:49 AM | Show all posts
bertabahlah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2024 12:22 PM | Show all posts
zaman najib dulu dah elok dah ada GST
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 9-8-2024 06:07 AM
Peniaga lokal yang berbangsa melayu yang selama ini survive karena adanya bantuan dan tongkat dari  ...

Mr ri ke kau ni? Hahaha…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Shuhada ‘block’ acik forum… apa yang sedang berlaku? (page 200)
JoyahMengayahShuhada ‘block’ acik forum… apa yang
Views : 156699 Replies : 4492
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 57238 Replies : 531
Tular sebuah video berhubung dakwaan bahawa isteri Nabi Muhammad SAW, Sayidatina Siti Khadijah Khuwailid RA berasal dari alam Melayu,UIAM ambil tindakan,
YgBenarTular sebuah video berhubung dakwaan bah
Views : 38800 Replies : 13
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97821 Replies : 5198
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21875 Replies : 525
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42940 Replies : 342
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 44591 Replies : 44
Aishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebumbung?
mojarean_XAishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebum
Views : 34050 Replies : 59
Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.Al Fatihah
YgBenarPenulis blog, Raja Petra Kamarudin menin
Views : 18582 Replies : 71
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 27027 Replies : 51

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.082501 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list