CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62132|Reply: 19

[Tempatan] ibu Baru Tahu Anak Istimewa Tak Suka Makanan RMT, Rakan Tolong Bayar Setiap Kali Ke Kantin

[Copy link]
Post time 10-8-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Seorang ibu meluahkan rasa sedih mendapat tahu rupa-rupanya rakan tolong bayar makanan yang dibeli anak istimewanya di kantin.
ibu yang dikenali sebagai Gee berkata anaknya bersekolah di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Selayang, Selangor

Jelasnya, murid PPKI akan mendapat makanan percuma di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Setiap kali balik daripada sekolah, si ibu akan bertanya menu makanan pada hari tersebut dan anaknya menjawab ayam goreng crispy popcorn.

Saya macam gembira Haura dapat makanan apa yang dia suka. Untuk pengetahuan semua, Haura ni memang ‘hantu ayam’, itu makanan kegemarannya.

Saya pun beranggapan program RMT memang ada sediakan ayam goreng, jadi bertuah la Haura. Tapi ternyata saya silap.

Gee baru tahu rupa-rupanya ayam goreng itu dibeli di kantin sekolah selepas diberitahu guru. Kata guru, rakan Haura yang bernama Elly akan membayarkan makanan setiap kali ke kantin.

Jelasnya, mungkin hal itu sudah berlaku terlalu lama menyebabkan guru terpaksa menyatakan perkara sebenar.

Rupanya anak saya tak suka makanan yang dihidangkan di program RMT tu.

Gee berasa serba salah kerana dia tidak pernah bekalkan duit poket menyangka anak makan makanan RMT.

Setiap hari Elly akan belanja Haura RM3 untuk beli sebekas ayam goreng popcorn tu. Haura tak ada cerita langsung dekat saya tentang perkara ini sebab seperti ita sedia maklum, dia ada masalah percakapan.

Menurut Gee, dia sudah menghubungi ibu Elly meminta maaf di atas perlakuan anaknya. Gee juga sudah menggantikan semula duit yang digunakan Elly selama ini.



Namun, jawapan balas ibu Elly membuatkan hatinya tersentuh. Ibu Elly memberitahu anaknya itu ikhlas menyayangi Haura.

Baru saya tahu Elly makan bekal dari rumah, duit untuk belanja Haura tu sebagai backup je mak dia bagi.

Sebak terus saya ni, gagal ke aku sebagai mak sampai tak tahu keadaan semasa anak?

Kata Gee, mulai dari itu dia sudah memberikan duit poket buat Haura. Dia bersyukur Allah SWT menghadirkan sahabat yang baik seperti Elly dan ibunya.


Jelas Gee, Haura menghidap Sindrom William menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai .elly tu mcm adek iols le..
Bawak rm2 mak iols bagi..
Makan tehtap makan mak iols bekalkan
Sebab adek iols suka mi...
Mi mak iols masak mcm2 sayur n ayam ada dalam tu..hahaha
Pastu cikgu cite ada kawan makan juga mi adek iols sebab adek iols bawak mi banyak gila..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
anak2 ppki ni, mmg ada sesetengahnya suka hanya makanan tertentu..parents sepatutnya faham (ke buat2 x faham)..bekal kan la makanan yg anak hanya suka makan yg tu..contoh eh, ada anak2 ppki ni yg tetiap hari cuma suka makan roti canai, ada yg suka ayam grg mamak, makanan lain diorg takmau..makpak jgn buat2 xtau la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols pun ppki juga. Mula2 sekolah dulu kan start bulan posa. So cikgu pesan suruh bekalkan makanan untuk anak sebab makanan rmt takde diberikan masa posa.

Dah habis bulan posa, anak iols tak nak makan makanan rmt sebab dah biasa makan makanan bekal. So cikgu akan bagi makanan rmt tu bawak balik.

Tapi sekarang dah mau makan dah pelan2 makanan rmt tu. Tak habis makan pun cikgu kasik bawak balik juga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nak ckp sbb mak je tau apa anak2 suka makan so kalau dah tau dpt rmt takanlah hari2 bg popcorn chicken kau tak terfikir ke something is not right somewhere. Sib baiklah mak kaaan tu baik tak diserangnya kau.  Kalau dia serang for sure cerita dah lain pula kan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau ank suke mkn popcorn ciken tu ko buat sdiri pon bole kan? Isi dada ayam tu lg elok, potong kecik2 Gaul ler hape patut + bread crumbs bg crunchy sket ke hape ke.
Bukan byk mana pon bekal time recess bole mkn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2024 07:14 PM | Show all posts
Anak iols PPKI jugak. Fav dia roti gardenia choc tu. So, hari2 mmg bekalkan 1 roti ban dgn bawak air. Duit pun bagi jugak. Memang I akan cek hari2 cukup RM5 dlm wallet. Kalau ada Ko-kurikulum, I letak lebih sikit. Walaupun dia x pandai membeli kat kantin, dia main ambik je. So, nanti cikgu or PPM bayarkan and ambik dlm wallet dia later.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 01:51 AM | Show all posts
good job parents elly yang berjaya didik anak jadi seorang yang penyayang and ada belas kasihan..
to mak haura, semoga beringat dan cakna kegemaran anak..
bukan semua orang lain yang mampu berbuat baik macam elly..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni da kenapa? Da Haura tu ada masalah percakapan mesti la mak dia amik masa nak fhm. Patut Mak nya kena pi tanya Cikgu. Anak saya ok x makan apa kat sekolah? Da lama2 baru cikgu nak gtau. Terkejut la maknya
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 07:53 AM | Show all posts
baik budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 11-8-2024 05:45 PM
Tak tau nak ckp sbb mak je tau apa anak2 suka makan so kalau dah tau dpt rmt takanlah hari2 bg popco ...

huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
baik anak org tu... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:04 AM | Show all posts
support je lah mak haura ni.. mesti dia sedih sebab rasa mcm tk prihatin dgn anak. ya lah kat sekolah kan. bukan nya kat depan mata. nak menjaga anak syurga bukan nya mudah.

rezeki haura sebab dpt kawan yg baik mcm elly..  tertanya jugek elly ni ppki jugek ke sebab selalunya depa rehat sama.
jd mungkin sebab tu mak elly faham.

terima kasih cgu ppki sebab maklum kan pd mak haura. respect dgn kesabaran cgu ppki ni.. kat sekolah kita ramai jugek murid ppki.. ada lebih kurang 70++

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:20 AM | Show all posts
good job mak elly dapat besarkan anak penuh empathy.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 11-8-2024 04:51 PM
Anak iols pun ppki juga. Mula2 sekolah dulu kan start bulan posa. So cikgu pesan suruh bekalkan maka ...

anak iols dari darjah 1 -3 (perdana) sampai darjah 4-6 (ppki) bawak bekal uols
naik sek men keb kejap masih berbekal. iols runsing kot org ejek dia dah lelaki bawak bekal semedang. dia pedulik hapa janji makan sedap ibu bekalkan. duit i bagi rm2 je sehari dari drjah 1-6 dia boh dlm tabung (wpun pkp ritu tetap dia minta duit poket sbb rutin) masa nak naik form1 tu pecah tabung dekat 3k duit dia dlm tu.
lepas masuk private school takde bekal2 lg dah. letih i fikir menu berbento tetiap hari ke sek.

maybe dah jadi rutin so derang tak suka tukar2. anak i mmg rigid dgn rutin blh jadi amukan kalau tersilap aturan. skrg ni dah remaja baru blh tolerate sket
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 12-8-2024 09:04 AM
support je lah mak haura ni.. mesti dia sedih sebab rasa mcm tk prihatin dgn anak. ya lah kat sekola ...

baikkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 09:40 AM | Show all posts

Moga2 Elly dan ibubapanya dimurahkan rezeki. Kesian jugaklah kalau deyols sebenarnya tak berapa mampu. rm3x20=60 sebulan nak menjamu Haura.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 09:57 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 11-8-2024 04:48 PM
anak2 ppki ni, mmg ada sesetengahnya suka hanya makanan tertentu..parents sepatutnya faham (ke buat2 ...

ye..pttnye mak die tau anak die jenis picky eater....maknye la yg slh..pastu acah2 adakah aku mak yg gagal?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 10:04 AM | Show all posts
zehra2 replied at 12-8-2024 09:04 AM
support je lah mak haura ni.. mesti dia sedih sebab rasa mcm tk prihatin dgn anak. ya lah kat sekola ...

Nak tanya PPKI ni same recess time dgn mainstream class ke?  Mungkin Elly mainstream sebab macam reti pula tolong kawan beli kan makanan.  Iols tanya je bukan mean anything...just kagumbudak2 cam Elly ni.  Parents mesti awesome.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 10:05 AM | Show all posts
adeqbun replied at 12-8-2024 09:57 AM
ye..pttnye mak die tau anak die jenis picky eater....maknye la yg slh..pastu acah2 adakah aku mak  ...

tu i fikir, kalaulah mak elly ni bising, mesti cerita lain, dah minta maaf dgn dah bayar balik pun nak marah ke...ha gitu iols pitenah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Shuhada ‘block’ acik forum… apa yang sedang berlaku? (page 200)
JoyahMengayahShuhada ‘block’ acik forum… apa yang
Views : 156699 Replies : 4492
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 57238 Replies : 531
Tular sebuah video berhubung dakwaan bahawa isteri Nabi Muhammad SAW, Sayidatina Siti Khadijah Khuwailid RA berasal dari alam Melayu,UIAM ambil tindakan,
YgBenarTular sebuah video berhubung dakwaan bah
Views : 38800 Replies : 13
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97821 Replies : 5198
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21875 Replies : 525
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42940 Replies : 342
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 44591 Replies : 44
Aishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebumbung?
mojarean_XAishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebum
Views : 34050 Replies : 59
Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.Al Fatihah
YgBenarPenulis blog, Raja Petra Kamarudin menin
Views : 18582 Replies : 71
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 27027 Replies : 51

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.095753 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list