View: 37648|Reply: 5
|
Julia Farhana Dedah Ada Penerbit Minta Buka Tudung
[Copy link]
|
|
Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan ada penerbit filem yang memintanya membuka tudung untuk watak ditawarkan.
Memetik Harian Metro, Julia bagaimanapun dia tidak menyalahkan penerbit filem berkenaan kerana dia bukan beragama Islam dan tidak faham mengenai kewajipan menutup aurat dalam agama Islam.
“Penerbit itu bertanya sama ada saya boleh buka tudung untuk watak ditawarkan dalam filem terbitannya? Pada mulanya, saya terkejut dengan pertanyaannya itu dan menganggapnya biadap.
“Penerbit itu kata dia nampak ramai saja artis yang boleh pakai dan buka tudung sekarang. Jadi, dia fikir saya juga sebegitu,” katanya.
Sementara itu, sudah dua tahun mengenakan hijab, Julia mengakui dia berdepan cabaran besar untuk terus istiqamah apatah lagi terpaksa menolak watak yang tidak sesuai dengan penampilannya berhijab.
“Sebab itu, saya tidak terkejut bila tengok ramai artis yang buka tudung kerana faham dengan perasaan mereka.
“Saya sendiri pun sudah beberapa kali menangis kerana tidak kuat dan berasa seperti ‘kehilangan karier’ kerana banyak watak terpaksa ditolak kerana tidak sesuai dengan penampilan bertudung,” katanya.
SUMBER: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukak benang ni pukul 1.30am, nak terlepas phone, tgk gambar heshe kat atas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
pengarah punnn.. dah tau dia bertudung pegi offer gitu plak...
carik jer laa org yg tak bertudung terusss. |
|
|
|
|
|
|
|
taknak komen benda lain tapi hauk nau fesyen sheols dalam gambar atas tu.
pattern on pattern, pastu warna tu takleh contrast lagi ke |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mix yg xbrp nmpk kn..
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 12-8-2024 04:11 PM
dia ni mix yg xbrp nmpk kn..
Sbb dia mix italy. Org italy ini tak nampak strong feature. So, bila campur dgn melayu, tak nampak lah jadi kacuk itu. Sama mcm faradhiya itu. Tak lawaaa kacuk italy jugak itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|