View: 53276|Reply: 21
|
[Tempatan]
Kerajaan negeri tawar ganjaran RM1 bagi 1kg ikan bandaraya
[Copy link]
|
|
Kerajaan negeri tawar ganjaran RM1 bagi 1kg ikan bandaraya
Ikan bandaraya
AMPANG - Kerajaan Selangor menawarkan program pemberian ganjaran RM1 bagi tangkapan sekilogram ikan bandaraya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif tersebut dijalankan sebagai langkah mengurangkan populasi ikan berkenaan di sungai-sungai di Lembah Klang.
Menurutnya, program akan berlangsung selama sebulan bermula 1 September hingga 1 Oktober ini.
"Program ini membabitkan sungai-sungai di kawasan Lembah Klang yang kaedah pelaksanaannya akan diperincikan nanti, " katanya ketika Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Selangor di Tasik Pandan Perdana dekat sini pada Sabtu.
Turut hadir, Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri, Izham Hashim dan Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin
Ikan bandaraya merupakan spesies invasif yang menjejaskan spesies habitat ikan asli di perairan tempatan.
Hampir semua sungai di Lembah Klang termasuk tasik dan lombong kini terjejas dengan kebanjiran spesies itu termasuk Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Selangor.
Dalam perkembangan berasingan, Amirudin berkata, kerajaan negeri komited meningkatkan langkah pencegahan terhadap permasalahan yang memberi impak dan gangguan kepada operasi Loji Rawatan Air (LRA).
Beliau berkata, kerajaan negeri juga mengambil beberapa inisiatif bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika musim kemarau pada masa hadapan.
"Setakat 6 Ogos lalu, kapasiti takungan air di semua empangan Selangor sangat baik dengan enam empangan mencapai kapasiti melebihi 90 peratus.
"Sebanyak 80 peratus Empangan Klang Gates bertindak dwifungsi iaitu sebagai tebatan banjir dan bekalan air, " katanya.
Jelasnya, jangka hayat kapasiti takungan berkenaan mampu menampung untuk membekalkan air mentah di kesemua 34 loji LRA seluruh Selangor dalam tempoh enam bulan tanpa hujan.
Tambahnya, kerajaan negeri juga telah mengenal pasti 100 buah kolam sumber air alternatif untuk dijadikan sumber air tambahan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tujuh empangan utama negeri.
"Keseluruhan kolam ini memberikan tambahan sumber air mentah selama tiga bulan lagi yang menjadikan kesediaan air mentah Selangor selama sembilan bulan tanpa hujan.
"Melalui inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM), sebanyak 21 kolam-kolam bekas lombong yang berpotensi bakal dibangunkan sebagai kolam takungan air serta sumber air mentah tambahan dan dapat menjadi kolam pelbagai fungsi, sebagai kolam tebatan banjir, rekreasi dan pencairan pencemaran, " katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tragik betul nasib negara Malaysia ini ... bukan hanya warga pendatang yang mendominasi dan menguasai banyak sumber daya ... tetapi sekarang juga ikan pendatang juga mendomnasi menguasai sungai dan tasik sehingga ikan lokalpun terdesak dan pupus ....
Jadi benarlah ramalan Tun M bahwa sejarah yang berbahu melayu akan pupus atau hilang dari Malaysia 10 tahun lagi... Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
RM1 sekilo? Kahkahkahkah... Kedekut punya kerajaan paling kaya di Malaysia
Bagi la at least RM3. Baru la orang ramai bermotivasi untuk terlibat. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 10-8-2024 08:29 PM
Usaha memulih Sungai Citarum, sungai terkotor di dunia terletak di INDONESIA
https://www.kosmo.co ...
Itu berita tahun 2022. Sekarang Ogos 2024, bagaimana pula agaknya? Dah dua tahun. Makin bersih atau makin busukkkk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Seringgit utk sekilo?
Agak2 arrr |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak banned je jualan ikan ni, suruh je yang nak beli tu tangkap kat sungai |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 10-8-2024 08:35 PM
Seringgit utk sekilo?
Agak2 arrr
Cam biasa la... Peruntukan negeri RM3.... Singgit bayar ke rakyat, 2 hingit masuk poket politician yg memerintah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke orang makan ikan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ade sis
kt youtube nu iols pnh tgk
nmpk menyelerakan you
tp of kos big NO for me lah
|
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh ke ikan2 ni bandaraya sendiri yang tangkap and serah pada mana2 zoo, im sure a lot of animals boleh makan this fish kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan orang local kot? Kot ummah Konoha ke. Kembang pulak tekak kita |
|
|
|
|
|
|
|
melayu kita lah sis
set2 kaki pancing youtuber
|
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 13-8-2024 05:59 AM
Ada ke orang makan ikan ni.
Deol dah test buat sate ikan rituh. Ada tered di CI. |
|
|
|
|
|
|
|
jual je kat penjara, kasi banduan makan. lama2 pupus la kot ikan ni kat msia |
|
|
|
|
|
|
|
atau pun jual kat kem tahanan warga asing
eh, dia org sediakan makanan ke kat PATI? |
|
|
|
|
|
|
|
selalu je rasanya terbaca aktiviti pemancing2 dok buru ikan ni beramai2.. mmg berkilo2 la dapat.. pakai jala.. pakai pancing.. segala cara la mmg dia saje. Geng2 pancing la stress sbb asal mancing je.. ikan lain dah sikit.. so skrg mmg gerakan memburu ikan bandaraya ni banyak dibuat..
ada yg jual utk buat pallet makanan haiwan klau x silap.. ada gak yg makan.. isinya putih.. kulit dia tu yg keras kematu susah nk siang |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan ni boleh makan ke? Sedap tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|