CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39003|Reply: 6

[Tempatan] "Shah Firdaus akan teruskan legasi saya"-Dato Jijoe

[Copy link]
Post time 12-8-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


"SHAH Firdaus akan meneruskan legasi saya," kata jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang secara rasmi mengumumkan persaraannya sebaik tamat kempen Sukan Olimpik Paris 2024.

The Pocket Rocketman diletakkan sebagai sandaran emas dalam penampilan Sukan Olimpik terakhirnya.

Malangnya, penyertaan beliau dibatalkan dalam pusingan pertama acara keirin, sekali gus menamatkan cabarannya lebih awal.

Mengakui terkesan besar dengan peristiwa hitam itu, Azizulhasni, dalam keadaan penuh beremosi yakin Shah Firdaus Sahrom, yang mara ke final acara keirin sebelum terlibat dengan kemalangan di selekoh terakhir di Velodrom Nasional Perancis semalam (Ahad), akan meneruskan legasinya.

"Saya tidak risau untuk berundur - memang saya akan berundur - kerana kita ada Shah Firdaus.
"Melihat perlumbaannya tadi pun memang saya amat kagum, saya gembira untuknya.

"Dia memang sepatutnya menang gangsa tetapi malangnya, dia dihimpit oleh pelumba Jepun.
"Kalau kita lihat kelajuannya, dia memang sepatutnya menang gangsa.

"Tetapi masuk ke selekoh terakhir, nampak pelumba Jepun itu sudah hilang kelajuan dan terdesak sehingga naik ke atas dan menghimpit Shah Firdaus sebelum kedua-dua mereka terjatuh.

"Saya memang menangis melihatnya, saya harap yang terbaik untuknya kerana sayu tahu potensi sebenarnya."

Mengulas lanjut Azizulhasni berkata: "Bagi saya, saya memang harap Shah akan teruskan legasi saya. Shah, adiknya (Ridwan Sahrom, pelumba negara) dan beberapa pelumba lain.

"Ia bukan lagi tentang saya. Saya harap peminat akan berhenti bercakap mengenai saya, ia bukan lagi tentang saya.

"Ia tentang kita menyokong dia (Shah Firdaus) dan generasi baharu itu.

"Apa sahaja yang mereka perlukan bantuan saya, saya akan sentiasa berada di sana untuk mereka," katanya. - Stadium Astro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 12:06 PM | Show all posts
so gelaran atok kena tarik balik tak?
simple undang2 pun tak paham2 smpai kertu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia patut tiru China...alang2 kuatkan modal beso tuk atlet walaupun seorg baik keluarkan ramai pelapis tuk setiap bidang sukan...idok ler mengharapkan yg tu jer...iolss riso atlet kita ni kalo eksident jalan raya ke, meninggal sakit denggi,covid ke...udah x de pelapis...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:28 PM | Show all posts
ina_na replied at 12-8-2024 12:14 PM
Malaysia patut tiru China...alang2 kuatkan modal beso tuk atlet walaupun seorg baik keluarkan ramai  ...

betul tu. once dah dapat tembus satu2 sukan, maknanya kita ada formula untuk pergi lebih jauh selain dari bakat semata. gunalah pengalaman senior tu untuk lahirkan pelapis. ni tak, sukan yang excel sedia ada semakin hauk, apatah lagi nak teroka sukan baru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 12-8-2024 12:14 PM
Malaysia patut tiru China...alang2 kuatkan modal beso tuk atlet walaupun seorg baik keluarkan ramai  ...



KUALA LUMPUR: Sukan Malaysia ada satu penyakit yang mana persatuan sukan hanya memberi tumpuan kepada atlet yang menang sahaja.

Penganalisis sukan, Norbakti Alias berkata, menjadi satu masalah besar apabila tiada usaha untuk mempersiapkan pelapis kepada atlet kebangsaan yang berjaya.

“Ada penyakit dalam sukan Malaysia. Apabila satu atlet berjaya, tumpuan akan diberikan kepada dia sahaja. Mereka lupa untuk sediakan pelapis pengganti. Kita tengok apabila (Datuk) Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya.

“Begitu juga berlaku selepas (Datuk) Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti. Ini kerana persatuan sukan kebangsaan terlalu fokus. Kalau seorang atlet berjaya, itulah modal mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

Tambah Norbakti, kebanyakan ketua persatuan dan pertubuhan sukan yang memberi tumpuan kepada atlet boleh menang sahaja kerana mereka hanya memikirkan karier sendiri dalam persatuan sukan semata-mata.

“Kebanyakan pimpinan sukan ini hanya fikir untuk beri tumpuan kepada satu atlet (berjaya) memandangkan pimpinan ini tidak akan berkhidmat lama dalam satu-satu persatuan.

“Apabila atlet kalah bertanding, mereka tidak peduli soal pembangunan (sukan). Mereka tidak beri tumpuan. Lihat apa yang berlaku selepas (Datuk) Nicole David bersara, lambat penggantinya ada. Hatta, Sivasangari juga ambil masa yang lama untuk capai prestasi yang agak baik. Ini penyakit dalam sukan kebangsaan kita,” ujarnya lagi.

Untuk konteks sekurang-kurang terdapat 43 persatuan sukan kebangsaan yang berdaftar dengan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara (ISN).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bbalik replied at 12-8-2024 12:06 PM
so gelaran atok kena tarik balik tak?
simple undang2 pun tak paham2 smpai kertu

Kenapa tarik balik? Dia bukan buat jenayah hahah
Jijoe kan sblm ni penah menang emas masa kejohanan peringkat dunia bagai sbb tu la dapat datuk sblm ni
Bukan datuk diberi ikut pencapaian skrg ni, dia tu tak bertanding kali ni pun takda hal dah lagipun baru je lepas bedah boleh je nak bersara lepas tokyo dulu.
Tp malaysia ni kekurangan atlet yg layak, apa boleh buat yg dh nk bersara pun kena la bertanding lagi.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 12-8-2024 12:28 PM
betul tu. once dah dapat tembus satu2 sukan, maknanya kita ada formula untuk pergi lebih jauh sela ...

Iolss tgk ms atlet Indon rock climbing tu...iiolss terfikir knp Malaysia x train atlet ke bidang2 mcm ni... Sebab kita org Asia patut gunakan kepakaran memanjat mcm tu... Atau hip-hop tu ..ni x terlalu tepu di bidang yg dah menang lama dl...dah la x de penganti..Dana abis kemana2 je... Tp tu lah kita ni netizen je..bila tulis lebih geng2 pak menteri banyak je jawapan nye...modal keluarkan tuk sukan banyak2 tu lahirkan je pelapis..x kisah awal2 menang atau kalah kan... Ni x harapkan gak la kuda tua... LPs tu leh pulak ckp x cukup latihan...berlatih sebulan je...adeh... Sungguh x faham... X kan dia sebulan sblm pg olimpik br terjun ke swimming pool...sblm tu x kan x de latihan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065463 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list