|
Selebriti terkenal, Sheila Rusly, menarik perhatian ramai apabila berkongsi momen istimewa bersama keluarganya.
Sheila Rusly bersama keluarga dilihat hadir ke sebuah masjid untuk menyaksikan teman wanita anaknya, Beatrice Chitra, memeluk agama Islam.
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan mereka sekeluarga, termasuk anaknya, Luth Mikhail, mengenakan pakaian serba hitam.
Mereka duduk sambil menjadi saksi kepada detik indah apabila Beatrice mengucapkan dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.
Tidak dapat menahan sebak, Beatrice dilihat menitiskan air mata sebaik sahaja selesai melafazkan dua kalimah syahadah.
Kelihatan juga Sheila Rusly memeluk bakal menantunya itu, bersyukur atas hidayah yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Ini adalah titik permulaan yang baru dan bermakna bagi Beatrice dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslimah.
Semoga dipermudah segala urusan.
SUMBER: Siakap Keli
|
|