Persekitaran siber negara kita menghadapi cabaran besar kerana pergantungan pada pembekal perisian Amerika Syarikat (AS).
Ini memerlukan kita mengambil penuh perhatian kepada isu-isu berkaitan. Pada 19 Jul lalu, kejadian CrowdStrike yang juga dipanggil Blue Screen of Death (BSOD) berlaku.
Terdapat kira-kira 8.5 juta komputer sistem Windows terjejas, meliputi sektor-sektor termasuk lalu lintas, bank, perubatan, runcit dan lain-lain yang dijangka menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya berbilion dolar.
CrowdStrike merupakan sebuah syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan dan perisian untuk membantu pengguna melindungi sistem komputer dan rangkaiannya daripada ancaman siber seperti perisian hasad, pencerobohan, serangan siber.
Di Malaysia, kejadian ini membawa impak besar kepada beberapa kementerian kerajaan serta syarikat-syarikat domestik termasuk MOT, AirAsia, Firefly Airlines, KTMB, SESB, iPay88 dan lain-lain.
Antaranya, penumpang hanya boleh menaik kapal terbang melalui pemeriksaan tiket manual dan perkhidmatan pembayaran dalam talian iPay88 tidak tersedia.
Selain itu, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa baru-baru ini beberapa siaran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Facebook dan Instagram disekat oleh Meta (syarikat AS) atas alasan individu dan organisasi berbahaya.
Kejadian tersebut menunjukkan sikap pembekal perisian AS tidak bertanggungjawab.
Pada 24 Jul, walaupun Menteri Digital Gobind Singh Deo menunjukkan bahawa kerajaan akan membantu syarikat-syarikat yang dipengaruhi oleh kejadian CrowdStrike menuntut pampasan, kita berharap bahawa inilah bukan cakap saja.
Kerajaan diperlukan menjalankan beberapa kaedah seperti meniru kaedah Singapura iaitu menubuhkan kumpulan kerja khas bagi memelihara hak dan kepentingan kerajaan, syarikat-syarikat serta rakyat negara melalui menuntut pampasan.
Tambahan pula, kita harus kekal waspada terhadap sektor keselamatan siber negara kita serta belajar daripada kejadian tersebut iaitu negara mesti mengukuhkan pembinaan keselamatan siber dan mengurangkan pergantungan kepada perisian negara asing, mampu memastikan infrastruktur kunci beroperasi dengan stabil apabila masalah serupa datang, mendorong kepelbagaian pembekal perisian serta membina mekanisme bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Kesimpulannya, kita mesti fikir soalan bahawa adakah perisian AS memang selamat dan efektif mengambil kira kadar penggunaan domestik sistem Microsoft, Facebook serta Instagram yang amat tinggi.
Kita tidak boleh hanya menunggu kedatangan masalah serupa sekali lagi dan inilah masa untuk negara kita membangunkan sistem pengendalian dan perisian tempatan.- Malaysiapost
https://malaysiapost.com.my/2024 ... n-perisian-sendiri/