CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5804|Reply: 13

[Tempatan] Papagomo disaman lagi, kali ini RM3 juta

[Copy link]
Post time 15-8-2024 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 16-8-2024 01:59 AM

KUALA LUMPUR: Wan Muhammad Azri Wan Deris memberitahu Mahkamah Tinggi ,di sini hari ini bahawa saman Lim Guan Eng dan anak lelakinya Clint Lim Way Chau terhadap bekas Exco Pemuda UMNO itu adalah satu penganiayaan politik.

Wan Muhammad Azri berkata, saman itu yang mendakwa beliau menyebarkan berita mengenai Way Chau membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya adalah satu perkara yang melibatkan perbalahan parti politik.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif sama sekali. Laman Facebook 'Papa Azri' yang dikatakan itu bukan milik peribadi saya sebaliknya merupakan laman 'fanpage' dan sesiapa sahaja boleh mengakses laman Facebook tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika disoal peguamnya Logen Eskandar Abdullah pada perbicaraan kes saman fitnah RM3 juta yang difailkan oleh dua beranak itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Eddie Yeo Soon Chye.

Wan Muhammad Azri berkata, tiada sebarang audio atau video dimuat naik yang menunjukkan penyataan itu dikeluarkan oleh beliau dan ia merujuk kepada plaintif.

Beliau juga berkata, kenyataan yang didakwa fitnah itu tidak bertarikh dan kandungannya adalah secara am, tidak spesifik serta tidak menunjukkan sebarang konteks jelas yang membabitkan kedua-dua plaintif.

Ditanya peguam, Simon Murali yang mewakili kedua-dua plaintif, Wan Muhammad Azri menafikan bahawa beliau adalah penulis blog dengan nama pena 'Papagomo.'

"Saya bukan penulis blog. Artikel berita yang menyatakan saya penulis blog tetapi ia bukan kenyataan saya," katanya yang kini berniaga sendiri.

Pada 2021, Guan Eng dan anaknya memfailkan saman mendakwa defendan telah menyiarkan kenyataan berbaur fitnah di laman Facebook beliau bahawa Way Chau telah ditahan di Lapangan Terbang Changi pada 29 Februari 2020 kerana membawa masuk wang tunai sebanyak RM2 juta tanpa mengisytiharkannya.

Guan Eng berkata, defendan yang memuat naik hantaran itu di laman Facebook di bawah nama 'Papa Azri' pada 14 Mac 2020, mendakwa beliau telah ke Singapura pada 29 Februari 2020 selepas anaknya ditahan di Lapangan Terbang Changi.

Perbicaraan bersambung 11 Disember ini. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2024 07:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk duit papagomo...untuk bayar lawyer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
nak komen sikit jer...kuningnya gigi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Papagomo ni penunggang bangsa Dan agama je. Cukup2 la aku kena kencing dgn dia Ms jd follower dia dulu. Ni la cthnya org yg sembang berdegar2 tp apa pun Tarak. Org ckp sembang babi pun blh terbang. Kesian aku tgk org yg jd follower dia. Mmg x sedar senang2 diperbodoh tp yg follow pun kebanyakan b40 yg mmg jenis kurang membaca
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 15-8-2024 09:31 PM
Byk duit papagomo...untuk bayar lawyer.

Boleh mintak atuk.kuttey dan qorum nya tolong bayar....Opph qorum duit dah kena beku terpaksa  la atok dan kroni nya plk tolong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Rimas nya tgk muka die
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:55 AM | Show all posts
banyak kali dah dia kena saman
aku rasa dia pun tak heran

sebab walaupun kena saman, dia bayar je saman tu rasanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 11:01 AM | Show all posts
otai_g replied at 16-8-2024 02:32 AM
Papagomo ni penunggang bangsa Dan agama je. Cukup2 la aku kena kencing dgn dia Ms jd follower dia du ...

pehhhh... mcm mana ko bole jadi follower dia.
bukan dari awal lagi track t
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 16-8-2024 02:12 AM
nak komen sikit jer...kuningnya gigi...

Ishhh! Aku pun nampak yg tu dl
Geli tgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 16-8-2024 11:01 AM
pehhhh... mcm mana ko bole jadi follower dia.
bukan dari awal lagi track t

Aku follow konon2 dia claim pejuang hak2 melayu. Tp lama2 aku da tesedar ini org mmg x blh pki
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah gigi iols yg rabun ni pun nampak betapa kunin nya gigi. Btw kau mulut tongkeng ayam sesuka hati fitnah org boleh plak, bukan penganiyaan politik juga ke? Harap kalah dan masuk jel. Nanti iils hantar planta manyak2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mak oi gigiiiii....
layiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak tau nak describe macam mana tapi heols memang ada wajah seorang pelayan pondan sissy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.917799 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list