CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 42815|Reply: 54

Berhati-Hati Jika Ingin Melancong Ke India, Dr Say Dedah Seorang Lelaki Hanya Boleh Hasilkan 10ml Air Mani Per Ejakulasi

[Copy link]
Post time 21-8-2024 11:37 PM | Show all posts |Read mode





Sebagai seorang doktor yang mempunyai pengalaman belajar di India, Dr Say Shazril tampil mengulas mengenai kisah kematian seorang doktor pelatih di Kolkata, India, baru-baru ini.


Berdasarkan laporan statistik, Dr Say memberitahu lebih kurang 86 kes rogol dilaporkan setiap hari berlaku di India. Lebih menyeramkan, lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kerana stigma kepada wanita yang telah dirogol dan kurang kepercayaan kepada pihak polis.


Ujar Dr Say lagi, sebelum ini pernah berlaku satu kes melibatkan pasangan kekasih pelancong dari Sepanyol, apabila si teman wanita telah dirogol secara bergilir-gilir sewaktu berada di India. Teman wanita lelaki itu telah dirogol oleh tujuh orang lelaki.


"Terbaharu adalah kes yang berlaku pada 9 Ogos 2024, melibatkan seorang doktor wanita, Dr. Moumita Debnath di Kolkata."


"Rakan sekerjanya melaporkan kehilangan dia dan kali terakhir beliau dilihat menuju ke dewan seminar untuk berehat selepas 36 jam bekerja."


"Malangnya, mayatnya ditemui dalam keadaan yang sungguh tragis apabila laporan bedah siasat sahkan beliau dirogol dan dicekik hingga mati."


"Doktor malang ini kena bunuh dengan cara yang sangat ganas apabila badannya penuh dengan luka dengan mata berdarah, jari patah, mulut cedera dan yang paling tak sanggup nak bayang, dia juga alami pendarahan dekat bahagian kemaluan."


"Bukan itu sahaja, ada kecederaan di bahagian perut, tangan, muka dan kakinya dikepak jadi 90 darjah."


"aling tidak boleh diterima sekali, 150ml air mani ditemui dalam tubuh dan beratus-ratus kesan gigitan manusia."


Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut menjelaskan bahawa seorang lelaki hanya boleh hasilkan 10ml air mani per ejakulasi.


"Bayangkan, betapa ramai lelaki yang terlibat dalam aktiviti yang memalukan ini. Berdasarkan laporan terbaharu, hanya tiga orang suspek sahaja yang berjaya ditangkap buat masa ini.


"Kes-kes sebegini seperti sudah tidak dapat dibendung lagi oleh kerana sistem korupsi di India malah turut dipaparkan dalam filem popular yang diadaptasi dari kisah benar, Gangubai Kathiawadi dibintangi oleh Alia Bhatt. Antara petikan ayat yang sangat mendalam dalam filem ini adalah…“Ikat kedua-dua kaki wanita itu dengan ketat, kerana lelaki tidak boleh dipercayai meskipun dengan mayat..”





Dr Say turut memberi pesanan kepada semua terutama kaum wanita yang berhasrat mahu melancong ke India terutama di kawasan pedalaman agar lebih berhati-hati.


Sumber : Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak teringin nak gi sana apa je ada baik pergi pakistan lagi cantik bersih
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ko/gomen tak nak fikir pulak....depa ni dh ramai mai Msia...nak...nunggu terhantuk...baru terngadah...ke???
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 22-8-2024 01:42 AM
Yg ko/gomen tak nak fikir pulak....depa ni dh ramai mai Msia...nak...nunggu terhantuk...baru terngad ...

Tu la pasai...kt sini mcm berkumpul segala dr yindia...yindon...aprica....myanmar lg...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Atee.....nuart dh pimpin tgn dgn modi....acaner tuu...ada xde kena gi sana le jgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat astro dulu ada rancangan Crime Patrol, kalau x silap adaptasi dari kisah2 benar kes jenayah kat India. Menakutkan kebanyakan kes babitkan kes  rogol + bunuh. Mangsa dari budak2 sampai yg tua pun ada jugak. Sampai terfikir2 pulak aku apa yg jantan2 kat india tu telan hari2 sampai nafsu x terbendung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Org da nasihat x nak dgr. Ha sapa2 yg pg India tu pegi lah. Tp sblm pegi tulis wasiat siap2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 07:56 AM | Show all posts
kwn ofis lelaki meols kata dia as lelaki salahkan kari. dia siap pesan meols jgn gatal nak g sana. even g secara berkumpulan pun bahaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr ini perlu cerita ka hasil autopsy heshe... Aku rasa annoyed apabila terlalu detail mangsa mati sebab overkill...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:35 AM | Show all posts
budaya masyarakat sana x menghormati wanita
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 10:19 AM | Show all posts
asal die ni suka naw content2 cenggini


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 12:16 PM | Show all posts
jul last year ada ke sana..pergi kashmir dan trekking di kashmir great lakes selama 7 hari. alhamdulillah sepanjang pendakian duduk dlm hutan tanpa line telefon, semuanya ok. selesai pendakian, kami berjalan di srinagar-ladakh. pergi panggong lake tempat shooting filem 3 idiots dan singgah di satu tempat shooting filem shah rukh khan jgk

alhamdulillah semuanya ok. mmg seeloknya ke sini guna orang yg kita kenal. orang india yg pernah belajar di Malaysia. dia la yg jd agent kami. mmg dia jaga kami baikkkk punya
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:24 PM | Show all posts
i pg delhi hujung tahun 90an tu lah sekali, dpt pi tgk taj mahal....tp pg dgn group la...tour guide dah pesan siap2 jgn minum air sembarangan waima air pipe kat hotel eventho kat situ tulis water safe for consumption... kena minum air mineral from sealed bottle ja selamat, tp nak jadi cerita la on the last day of tour we all makan lunch kat satu resto ni, ntah camana most ppl kena diarhea....omg...such a disaster tp sib baik dah nak balik...but overall dlm byk2 tpt I pernah travel ke yindia mmg I takkan pegi lagi and tak rekomen ka sapa2 pun to go...

bayangkan dari tingkap bas u boleh nampak mamat2 kencing kat pokok tepi jalan selamba je, and the setinggan boleh pacak kemah kat taman tgh2 bandar ahd their excretion duduk buang sepah2 cam tu.... ya allah...yg ok skit masa kat area taj mahal la, but still roadworks tak elok and berabuk2...never again....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tabligh keluar 4 bulan mesti India.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:47 PM | Show all posts
india - syurga utk lelaki makan kari
neraka utk wanita & isteri

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 22-8-2024 07:56 AM
kwn ofis lelaki meols kata dia as lelaki salahkan kari. dia siap pesan meols jgn gatal nak g sana. e ...

Dianya kaum apa tu uols..geng kari juga ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
akido_kido replied at 22-8-2024 12:05 AM
Tak teringin nak gi sana apa je ada baik pergi pakistan lagi cantik bersih

Dedua pun tak terasa nk pegi
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:47 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 22-8-2024 05:52 AM
Dianya kaum apa tu uols..geng kari juga ke

haah chuols
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:54 PM | Show all posts
Tiada keperluan untuk ke negara luar jika tiada sebarang urusan penting..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 22-8-2024 05:04 PM

Off topik sikit


Dulu ada tengok kat channel singapore. Lupa saluran apa tah. Cerita tentang kari, kari kat India ada beratus2 jenis menu kari.. padan lah boleh makan tiap hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045151 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list