View: 20820|Reply: 13
|
[Jenayah]
Jatuh Terbaring Kena Sawan, Bergaduh Hempuk Pakai Kerusi!
[Copy link]
|
|
Satu video tular menunjukkan sekumpulan pemuda bergaduh bersebelahan dengan tempat letak motosikal sehingga ada yang sawan.
Insiden itu dikongsikan di laman X. Di mana netizen menganggap yang kalah masuk hospital dan yang menang pula masuk penjara.
Dalam pergaduhan tersebut lelaki berbaju hijau mulai memukul lelaki yang berbaju kelabu dengan kerusi.
Namun lelaki baju kelabu itu menahan kerusi dengan tangannya sebelum melancarkan serangan balas.
Netizen sempat memberikan komen: ‘Apabila kau pukul orang tu tahan kerusi pakai tangan macam tu maknanya, kau tekan je butang mengaku kalah / surrender.’
Kemudian beberapa pemuda lagi campur tangan dan mebuatkan lelaki berbaju hijau itu kejung dan dipercayai sawan.
Menyedari lelaki berbaju hijau itu sudah sawan, mereka mulai melarikan diri daripada tempat kejadian.
Melihat pada keadaan lelaki berbaju hijau itu, netizen merasakan bahawa mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu boleh dah berdoa agar mangsa tersebut tidak mengalami pendarahan otak. Kerana ianya akan menjadi satu kes yang serius.
Mereka juga menyatakan bahawa baju hijau tersebut menggunakan objek kerusi untuk menyerang lawannya namun akhirnya dia yang dibelasah teruk.
Kemudian ada juga yang sakit hati melihat dua orang lagi rakan lelaki berbaju kelabu itu yang menurut mereka cuma pukul curi dan mengambil kesempatan.
Apapun, ramai yang berharap kesemua mereka ditahan dan disiasat kerana kes keganasan di khalayak ramai seperti ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mohon baju kelabu dilatih dan dibentuk tuk sukan tinju atau muay thai....
#kbs |
|
|
|
|
|
|
|
beria dok hempuk orang sekali orang tu bagi balik terus sawan. |
|
|
|
|
|
|
|
sara_thrash replied at 22-8-2024 03:37 PM
beria dok hempuk orang sekali orang tu bagi balik terus sawan.
"aku hempuk hang..aku hempuk hang"-baju ijo.
"kang aku bagi...sawan hang..."-baju kelabu.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok kepala terhantuk di simen tu yang buat dia terkapar, barangkali bukan sawan. aku ada tengok tinju kena tumbuk kepala jadi mcm nilah |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha terus jadi kambing kekejungan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk video ni terus rasa loya nak muntah.
Tak berapa gemor tgk video2 org yg di ambang maut, injured, mayat2, yihhhhhh, loyaaaaa.
Sebab tu meols taknak jadi Doctor (Pdhal mmg belajar malas) |
|
|
|
|
|
|
|
sara_thrash replied at 22-8-2024 03:37 PM
beria dok hempuk orang sekali orang tu bagi balik terus sawan.
Bontot pun terkeluar apa pun tak dapat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bachul nyergh yang tumbok curik tu
Tapi takleh nak cakap jugak
Maunya kalau kita tengah lepak, tibeh ada saikosis attack kawan/pamily kita
Negeri mana kejadian ni?
Baju kelabu ada rupa kezen iols asal serambi mecca albuzu |
|
|
|
|
|
|
|
Kecederaan otak nih
r/suddenlyeltonjohnn |
|
|
|
|
|
|
| |
|