CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26300|Reply: 13

[Jenayah] Membantu Dan Subahat Dalam Perkara Dosa, Ustaz Kata Haram Memakai Baju EPL!

[Copy link]
Post time 22-8-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode


Musim baharu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah bermula, menjadi kebiasaan penyokong membeli jersi pasukan kegemaran masing-masing bagi membuktikan sokongan mereka.

Menurut laman instagram classicfootballshirts, 55 peratus penajaan EPL musim 2024/25 adalah daripada syarikat judi melibatkan 11 kelab.

Pasukan pertama yang ditaja oleh syarikat judi ialah Fulham melalui Betfair pada musim 2002/03. West Ham pula merupakan kelab paling lama ditaja Betway selama 11 musim.

Bagaimanapun, terdapat beberapa jersi kelab EPL pada musim ini dilarang dipakai oleh peminat beragama Islam kerana ia mempromosi sesuatu yang haram menurut Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

“Lihat betapa untungnya syarikat judi dengan industri bolasepak EPL, hingga berebut-rebut menjadi penaja besar kelab-kelab di sana.

“Justeru kepada para peminat premier league, jika pada baju jersi pasukan itu terpapar logo syarikat judi, bank riba dan lain-lain yang haram di sisi hukum Islam, maka memakai dan mengayakan baju tersebut di khalayak juga turut jatuh dalam dianggap membantu dan subahat dalam perkara dosa dan yang haram sebagaimana telah ditegah oleh Allah SWT di dalam al-quran dan juga disebut lagi di dalam hadith tegahan bersubahat dengan yang haram,” katanya menerusi laman facebook.

Selain judi, peminat muslim juga tidak digalakkan memakai jersi yang mempromosi minuman beralkohol iaitu arak.

Berdasarkan kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memakai baju yang berlogo syarikat arak dan judi telah menyatakan dengan jelas bahawa perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang kerana ia termasuk dalam usaha bagi mempromosi serta melariskan arak dan judi.

Adapun begitu, bagi mereka yang mempunyai pakaian seperti ini mereka boleh memakainya dengan cara menterbalikkan pakaian tersebut supaya logo dan lambang tersebut tidak kelihatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2024 08:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2024 03:27 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:55 PM | Show all posts
Mujur tak ada masa layan EPL dan bola Liga Luar Malaysia yang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aisehhh.. susah kan jd org Malaysia skrg ni. Nnt dpt haram sana sini.

Bertabah lah yer..

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:42 PM | Show all posts
Movie, Music, Sukan, Judi tu semua dalam bakul yang sama - entertainment.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 09:46 PM | Show all posts
Zezo replied at 22-8-2024 08:05 PM
Aisehhh.. susah kan jd org Malaysia skrg ni. Nnt dpt haram sana sini.  

Bertabah lah yer..

sebab orang mesia sendiri yang carik pasal kan, bila orang lain buat terus kena chop haram berdosa yadayada, tapi bila jersi pon kantoi haram terus diorang ala2 gelabah kote padehal rokok tu jelas lagi nyata haram pon diorang buat dunno je pon. Orang mesia kan selektif bila mencerca, tak gitu? paling obvious isu aurah wanita la..dok meratib 24jam
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu ulasan ex muntri agama die hard fan Liverpool tajaan carlberg & bank riba std ctd dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 11:41 AM | Show all posts
aku ada baju arsenal, mu, mc, chelsea, barcelona, bayern munich.. semua cap ayam, bukan jersey ori dari kelab sana, tak ingat ada logo lain selain logo kelab. boleh lah kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Habeh, x kn aku nk bako baju2 aku dlm lemari aku ni doktorrrrr. Selaen dr menipiskan ozon layer sbb open burning,  nnt aku kena bebel ngan mak aku, akak aku sume
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah jersi/ pakaian sport yg ditaja oleh bank2 konvesional tempatan turut haram?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikutkan, baju MU pon x boleh ya. Pomot setan kat logo depa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gunama replied at 23-8-2024 11:56 AM
Habeh, x kn aku nk bako baju2 aku dlm lemari aku ni doktorrrrr. Selaen dr menipiskan ozon layer sbb  ...

Buat lap tapak kaki atau cuci kereta..sblm tu gunting logo² yang berkaitan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Well sbb sponsorship tulah sports depa berkembang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059863 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list