CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21821|Reply: 72

Tanam 140 pokok ganja asbab Yasin dipenjarakan seumur hidup

[Copy link]
Post time 22-8-2024 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-8-2024 02:40 AM


SHAH ALAM: Komposer dan penyanyi terkenal, Yasin Sulaiman, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya, dua tahun lalu.

Hakim, Datuk Norsharidah Awang, menjatuhkan hukuman itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin, yang melepas dan membebaskan pelantun lagu Mimpi Laila itu.

Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, sebelum diperintah ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor digari oleh pihak polis dan dibawa terus ke Penjara Kajang.

Mengikut pertuduhan pertama, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, bapa dua anak itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan manakala pertuduhan ketiga di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Yasin dijatuhi hukuman penjara 10 bulan.

Norsharidah turut memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 24 Mac 2022.

Hakim menegaskan mahkamah tidak terikat dengan dapatan saksi pakar kerana peranan saksi itu hanyalah untuk membantu mahkamah membuat keputusan.

Hujahnya, penanaman ganja yang dilakukan responden mengambil masa untuk pokok itu tumbuh membesar adalah menunjukkan responden tidak berada dalam keadaan tidak waras.

"Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah ini berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam membuat keputusan melepas dan membebaskan responden sehingga membuat keputusan responden diletakkan di bawah jagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, oleh itu rayuan perayu dibenarkan dan tertuduh disabitkan bersalah," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin.

Mengikut pertuduhan pertama, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.

BH


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujahnya, penanaman ganja yang dilakukan responden mengambil masa untuk pokok itu tumbuh membesar adalah menunjukkan responden tidak berada dalam keadaan tidak waras.


Dah Kata dh dulu
Celah mn x waras nya
Elok dia bela pokok tu segar bugar
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya dia tanam! Ingatkan 2,3 pokok je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:33 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 22-8-2024 11:43 PM
Hujahnya, penanaman ganja yang dilakukan responden mengambil masa untuk pokok itu tumbuh membesar ad ...

kat ig dan fb ramai marah katanya die tanam utk diri sendiri je pon smpi nak hukum penhara seumur hidup..sekius me..bab2 dadah ni tak sedar lg ke jd barah dlm masyarakat..skarang mmg lah utk diri sndri..kalau x dikenekan tindakan berat,boleh melarat kot..xsedar kot kes bunuuh,kelar mak sendiri tu semua disebabkan dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambil serve hukuman tu, dia masih boleh compose lagu x? Syg la bakat dia. I mcm suka gak lagu2 yg dia compose.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dia tanam utk diri sndri je kan walaupun byk. Katanya dia ada bipolar. Org cmtu mmg kne ada hobi, tanam pokok ke. Tapi dia pilih pokok tu. Moga anak dia kuat semangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2024 09:14 AM | Show all posts
bpbbppbp replied at 23-8-2024 08:43 AM
Mmg dia tanam utk diri sndri je kan walaupun byk. Katanya dia ada bipolar. Org cmtu mmg kne ada hobi ...

Bila dah tanam banyak mcm tu, susah nak convince orang / hakim yang dia tanam untuk own consumption aje..
Kalau tanya aku, aku pun tak percaya yang dia tanam tu untuk kegunaan sendiri aje..
Walaupun ganj@ ni tak seteruk syabu atau dadah2 jenis lain, tapi biasanya ganja ni macam intro ke dadah2 yang lebih berat..
Kesian kat anak2 dia la.. itu mmg fact, tapi how about anak2 pesalah lain yang disabitkan dengan kesalahan,,, sama aje la..
takleh special treatment kat dia just sebab dia terkenal..

Allah bagi dia teguran secara keras jugak, dan aku percaya masa dia kat dalam tu lebih baik di sisi Allah compared dengan kita yang 'bebas' ni..
Semoga dia manfaatkan masa dia kat dalam tu.. lagipun dia punye background bagus, pandai, ada basic agama yang agakl kuat. Mungkin dia boleh buat keje2 dakwah, motivasi pesalah lain kat dalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:29 AM | Show all posts
lain kali tanam pokok kenaf.....dalam tu selit pokok ganja....setel masalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam byk2 tanaman herba, ganja juga la dia nk tanam
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 22-8-2024 11:43 PM
Hujahnya, penanaman ganja yang dilakukan responden mengambil masa untuk pokok itu tumbuh membesar ad ...

khennnn...tak waras la sgt
kan main forumer mana dulu sakan kata dia tanam utk diri sendiri ubat bipolar terbukti berkesan la thailand dah produce la. mcm2 la time tu.
seingat dulu 17 anak pokok, skali tu aihhh 140. mmg bekalan utk setahun agaknya.

selayaknya laa dihukum
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:39 AM | Show all posts
140 bukan keperluan sendri dah ni.. ni dah something, hobi atau nak menjual dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:41 AM | Show all posts
140 pokok, elok ko tanam musang king
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 09:51 AM | Show all posts
So yg awal2 kata utk tujuan perubatan tu kira propa la ye? 140 pokok..agak2 lah utk perubatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:16 AM | Show all posts
adeqbun replied at 23-8-2024 07:33 AM
kat ig dan fb ramai marah katanya die tanam utk diri sendiri je pon smpi nak hukum penhara seumur  ...

sama lah kt youtube
i kennot taw


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:20 AM | Show all posts
tompie replied at 23-8-2024 09:14 AM
Bila dah tanam banyak mcm tu, susah nak convince orang / hakim yang dia tanam untuk own consumptio ...

buat team nasyid
compose lagu, nyanyi dan rekod
tu pun klu pihak penjara blh setting kan lah

yasin ni buat lagu bagus2
baik masa dgn brothers, mau pun time dia solo

sungguh tak sangka blh end up mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ciri2 petani berjaya. Bagus ni kalau pihak penjara sediakan satu tanah bg dia buat kerja2 sukarela dkt ladang tu... Aiol tanam sayur seciput depan rumah pun tak sempat nak tumbuh dah mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh orang penggal kepala duduk jel 30 tahun minus PHoliday jadi 22 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 23-8-2024 09:14 AM
Bila dah tanam banyak mcm tu, susah nak convince orang / hakim yang dia tanam untuk own consumptio ...

Yup, harap yg terbaik buat dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Vincent tan senyum siniss
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sbb dia bukan anak vinsent tan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Siasat tempat lain juga', skandal GISBH panglima UMNO sudah mari
maklukpenggoda'Siasat tempat lain juga', skand
Views : 9232 Replies : 3
Digelar 'pelacur, anjing, lalat...', doktor di hospital awam derita dibuli, terpaksa berhenti
maklukpenggodaDigelar 'pelacur, anjing, lalat...&#
Views : 21015 Replies : 17
'Abang bas' didakwa lagi, buat komen jelik di TikTok
maklukpenggoda'Abang bas' didakwa lagi, buat k
Views : 10014 Replies : 7
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 194769 Replies : 5650
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 44325 Replies : 353
KANTOI BIG TIME?? - Shuhada Shukri MENIPU dapat loan MARA selepas KANTOI memfitnah bekas suami BERZINA di PD hanya bersumberkan gambar PINTEREST????
Parit.HiltonKANTOI BIG TIME?? - Shuhada Shukri MENIP
Views : 25939 Replies : 139
LIVE From Castles, Palaces & Historical Places Every Friday To Monday!
MahathirinaLIVE From Castles, Palaces & Historical
Views : 75291 Replies : 8
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 98172 Replies : 5233
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 46030 Replies : 105
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27459 Replies : 29

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050417 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list