CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 71399|Reply: 38

[Tempatan] Gangguan servis MAS, Firefly & Amal sehingga Disember, pelanggan diminta hubungi khidmat pelanggan

[Copy link]
Post time 25-8-2024 01:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 25-8-2024 07:00 AM

susulan pembatalan penerbangan, namun mereka harus mengutamakan keadaan yang optima bagi pesawat mereka untuk penerbangan yang selamat dan efisien.



KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Kapten Izham Ismail memohon maaf di atas gangguan perkhidmatan yang memberi kesan kepada penerbangan Malaysia Airlines, Firefly, dan Amal pada 19 Ogos lepas.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau berkata, pihak pengurusan menyedari insiden tersebut telah memberi kesan kepada jadual penerbangan penumpang mereka.

Jelas Izham lagi, MAG kini terkesan dengan penangguhan penghantaran pesawat baharu, menyebabkan kurangnya jumlah pesawat penerbangan untuk operasi yang telah dirancang terlebih awal.

"Ketika ini pengurusan MAG sedang bekerja rapat dengan pengeluar enjin dan pesawat, serta rangkaian pembekal yang lain untuk menangani isu rantaian bekalan dan teknikal.

"Ketika langkah mitigasi itu sedang berjalan, MAG akan mengurangkan liputannya sementara waktu sehingga Disember ini, untuk menentukan langkah yang terbaik," katanya lagi.

Langkah itu, jelasnya lagi, bagi memastikan kemampanan pesawat dan operasi, serta meningkatkan kemampuan mereka untuk memastikan pelanggan Malaysia Airlines, Firefly, dan Amal mengalami gangguan yang minima, selain terus mempunyai pengalaman terbaik dengan perkhidmatan mereka.

Selaras dengan komitmen yang dizahirkan sebelum ini, Izham berkata, pihak pengurusan sedang melakukan yang terbaik untuk menangani punca permasalahan isu yang signifikan itu, yang memberi kesan kepada operasi, termasuk tekanan kepada rantaian bekalan, tenaga kerja, dan faktor luaran lain.

Cabaran tersebut, katanya, sedang ditangani sebaik mungkin sebagai sebahagian daripada langkah normalisasi sektor penerbangan global pasca COVID-19.

Izham berkata, MAG amat menyesali tentang gangguan yang signifikan susulan pembatalan penerbangan, namun mereka harus mengutamakan keadaan yang optima bagi pesawat mereka untuk penerbangan yang selamat dan efisien.

Pelanggan yang terjejas, menurut Izham, akan menerima notis pemakluman melalui e-mel tentang jadual baharu penerbangan mereka.

Bagi penumpang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menggunakan perkhidmatan live chat di aplikasi dan laman web Malaysia Airlines dan Firefly, atau hubungi pusat hubungan antarabangsa di 1 300 88 3000 di Malaysia, dan +603 7843 3000 di luar negara.

Astro Awani


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2024 01:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape citer ni tt.. i dah la ada flight ngan firefly september nnt. domestic la
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah ai bln ituhari pergi agent travel 2-3 tempat tapi x mau masuk ofis mereka sbb rasa berat hati
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambil lah optoin lah malaysia banyak juha airlines provider
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2024 07:03 AM | Show all posts
Atata replied at 25-8-2024 01:45 AM
Ape citer ni tt.. i dah la ada flight ngan firefly september nnt. domestic la
Bagi penumpang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menggunakan perkhidmatan live chat di aplikasi dan laman web Malaysia Airlines dan Firefly, atau hubungi pusat hubungan antarabangsa di 1 300 88 3000 di Malaysia, dan +603 7843 3000 di luar negara. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kapten-izham-mohon-maaf-terpaksa-kurangkan-penerbangan-untuk-optimumkan-perkhidmatan-mas-firefly-484957


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2024 03:28 PM | Show all posts
The moral of the staff kena bagi naik dulu kalau MAB nak naik balik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 09:46 PM | Show all posts
nak bangkrap ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 25-8-2024 03:28 PM
The moral of the staff kena bagi naik dulu kalau MAB nak naik balik.

lom naik ke? aritu xdpt bonus?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ritu berita tahun ni kata start untung ke? Tu yg beria amek crew baru sampai dari luar negara pon ada.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lucky_peace replied at 25-8-2024 11:19 PM
Bukan ritu berita tahun ni kata start untung ke? Tu yg beria amek crew baru sampai dari luar negara  ...

Crew crew dah dpt email slowly lps ni ada retrenchment lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 25-8-2024 03:28 PM
The moral of the staff kena bagi naik dulu kalau MAB nak naik balik.

Kapten..  dgr dgr engineering staff dok buat hal betul ke? Kapal banyak stranded.

Yg repair kat epot alice city ke apa namanya tu hari ni kawan ai cakap sampai dalam keadaan busuk sbb daging mentah simpan lama kat dalam kargo. Rosak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 25-8-2024 11:23 PM
Crew crew dah dpt email slowly lps ni ada retrenchment lagi.

Lahai.. igtkan bt pengambilan baharu, bisnes dah naik semula la.. buang senior yg basic tinggi ganti baharu yg basic rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lucky_peace replied at 25-8-2024 11:32 PM
Lahai.. igtkan bt pengambilan baharu, bisnes dah naik semula la.. buang senior yg basic tinggi gan ...

Entahlah sapa yg terkena. Kalau MAS dok amal LIFO yg last in ni lah kena. Berdebar jelah semua menunggu kalau termasuk dalam list. Mcm mana pun kesianlah yg kena buang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 01:04 PM | Show all posts
Radzor replied at 25-8-2024 07:10 PM
lom naik ke? aritu xdpt bonus?

Itu la pasal nya, kenaikan gaji tak ada, bonus tak ada, tapi orang yg baru join dapat gaji lebih tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 01:06 PM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 25-8-2024 07:28 PM
Kapten..  dgr dgr engineering staff dok buat hal betul ke? Kapal banyak stranded.

Yg repair kat  ...

Macam tu lah yg saya dengar.

Orang lama yang sama sama susah senang semasa MAS turun naik terus terpinggir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 03:45 PM | Show all posts
kelana36 replied at 26-8-2024 01:06 PM
Macam tu lah yg saya dengar.

Orang lama yang sama sama susah senang semasa MAS turun naik terus t ...

patotlah sampai mcm ni dah jadi. ingatkan nak kembali mendonia MAS.
tiba jadik hal mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols br jah terkena dgn flight cancellation Dr MAS neh last week.. Less than 24hrs before fly, dpt sms flight cancel katanya, ditukar ke next day.. Either request for refund or accept new date to fly.. Pala hotak dia.. Terus call CS, mintak dia cari new flight the same day sbb Iols dah arrange hotel, transport segala bagai.. Nasib dpt later flight tp transit kat HKG.. 5 jam jua mereput kat epot HKG sementara tunggu connecting flight.. Dgn xde compensation segala bagai.. Time balik pun sama, delay dekat 4 jam jua.. Tu pun just compensate dgn voucher makan RM35 jahhh.. So sape2 nk booking MAS utk the rest of the year, cari lah airline yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 26-8-2024 06:01 PM
Iols br jah terkena dgn flight cancellation Dr MAS neh last week.. Less than 24hrs before fly, dpt s ...

Adik meols almost every month gi Jakarta naik MAS, dia citer kapal MAS nie slalu delay jer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 06:25 PM | Show all posts
uihh ada 2 flight nak pi bkk and lhr
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.054809 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list