View: 19805|Reply: 6
|
#FreePavel, Elon Musk bela ‘Mark Zuckerberg Russia’
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Pemilik syarikat Space X yang juga orang terkaya dunia, Elon Musk mempertahankan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov yang ditangkap di Paris, lapor akhbar New York Post semalam.
Musk menulis tanda pagar #FreePavel di platform X miliknya, beberapa jam selepas Pavel diberkas di lapangan terbang Le Bourget atas dakwaan beliau membenarkan aktiviti jenayah berkembang pesat dalam Telegram.
Pihak berkuasa Perancis mengeluarkan waran geledah sebagai sebahagian daripada penyiasatan awal ke atas Pavel yang digelar ‘Mark Zuckerberg Russia’.
Bagaimanapun, pihak berkuasa itu hanya dapat bertindak terhadap Pavel jika lelaki berusia 39 tahun itu berada di Perancis.
Musk turut berkongsi klip video memaparkan Pavel memuji X kerana inovasi dan memperjuangkan kebebasan untuk bersuara.
Dalam komennya di X, Musk menyelar Zuckerberg dengan memetik hantaran mesej netizen bertanya kenapa Ketua Pegawai Eksekutif Meta itu tidak ditahan atas tuduhan yang sama seperti dihadapi oleh Pavel.
“Instagram (milik Zuckerberg) mempunyai masalah eksploitasi kanak-kanak yang besar tetapi tiada penahanan terhadap Zuck (Zuckerberg),” katanya. – AGENSI
Sumber : KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Just bcoz mamat helok ni x nak berkompromi dengan israwhell. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas Pavel kena detain, Rumble owner pula cabut lari keluar dari Eu.
Pornografi tu salah satu cara sabotage, macam mana nak take down sesuatu channel tu fake account akan post banyak2 porno dalam tu and reported. Telegram channel banyak expose misconduct salah laku benda and benar, so banyak yang tak puas hati, kat Malaysia pun. During time expose hal keburukkan vaccine pun,banyak cyber trooper kacau post pornografi and reported. |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang 10 tahun lepas masa tu apps telegram masih belum terkenal
bangkem nak ngorat sorang pompuan nih.. bangkem tanya ada whatsapp tak
dia kata dia tak pakai whatsapp tapi pakai telegram
bangkem gelak ler ingatkan dia nak buat lawak.. ade lagi ke orang pakai telegram teknologi kuno tu
pompuan tu buat muka menyampah lalu bolayan bangkem
2-3 bulan lepas tu baru bangkem tahu wujudnya apps telegram
malunye....
bangkem dah check fesbuk pompuan tu tadi, dia masih single
tapi macam dah termasuk dalam golongan woke.. dia ahli persatuan Free Tree Society dekat bangsar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni akibat x sensor n x berpihak ke Lobbyist la ni. Mcm la org tak tau. Nak update pasal Gaza, nak cerita pasal askar diapers dia kena ayam semuanya boleh...mana boleh tahan ini mcm. |
|
|
|
|
|
|
| |
|