CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17607|Reply: 0

[Sarawak] Abdul Ghafur angkat sumpah sebagai Ketua Ombudsman Sarawak

[Copy link]
Post time 27-8-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Ghafur mengangkat sumpah sebagai Ketua Ombudsman Sarawak pada Isnin.

KUCHING: Ketua Ombudsman Sarawak Dato Sri Abdul Ghafur Shariff semalam mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Dato Dr Alwi Abdul Wahab.

Menurut satu kenyataan, majlis angkat sumpah itu berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuching pada jam 9 pagi dan disaksikan Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) yang juga Ketua Pentadbir Ombudsman Sarawak Wan Mohamad Wan Drahman.

Sarawak telah melakar sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang menguatkuasakan undang-undang berkaitan sistem Ombudsman apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Ordinan Ombudsman Sarawak 2023 pada 20 November tahun lalu.

Hal ini jelas menunjukkan komitmen jitu Kerajaan Sarawak dalam usaha memantapkan penyampaian perkhidmatan awam, memastikan tadbir urus baik diamalkan dan seterusnya meningkatkan tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap jentera pentadbiran kerajaan.

Majlis Angkat Sumpah ini diadakan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7, Sarawak Ombudsman Ordinance, 2023.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.252269 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list