CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30883|Reply: 0

[Sarawak] Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 tampil kepelbagaian kulinari tradisi

[Copy link]
Post time 27-8-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode


Nancy ditemani Edwin (kiri) dan Gordan pada sidang media Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 hari ini.

KUCHING: Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 Edisi Hari Malaysia akan menjadi satu perayaan hebat yang meraikan kepelbagaian kulinari tradisi pelbagai bangsa dan budaya di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, festival sempena Hari Malaysia akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak (SCV), Santubong pada 14 dan 15 September 2024.

"Kita mengharapkan orang ramai akan memakai pakaian tradisional semasa festival nanti kerana ia diadakan sempena dengan Hari Malaysia.

"Dan, seterusnya dedikasi oleh pelbagai pihak berkuasa negeri dan juga menteri-menteri negeri. Kami sangat mengharapkan promosi oleh mereka juga," ujarnya pada sidang media berhubung festival tersebut di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Persatuan Gastronomi Sarawak Datu Edwin Abit.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, antara 5,000 dan 10,000 pengunjung dijangka membanjiri SCV untuk festival berkenaan dengan kemasukan adalah percuma.

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) katanya, telah mengundang 14 bandar kreatif untuk mengadakan forum pada festival berkenaan.

"Selain itu, 1,000 perwakilan dari China (turut dijemput) untuk meraikan persahabatan Sarawak dan China selama 38 tahun pada festival itu nanti," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Acara Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 Edisi Hari Malaysia Gordon Chung berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan kira-kira 150 peniaga yang tidak terhad kepada gastronomi pada festival berkenaan.

Katanya, ini termasuk penjual seni dan kraf tangan, ruangan untuk pengamal media dan juga peserta pameran lain yang akan diagih-agihkan pada tujuh rumah tradisi di SCV nanti.

"Kami menyediakan cop istimewa sebagai pasport Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 Edisi Hari Malaysia untuk dikumpulkan oleh pengunjung daripada peniaga yang menyertai acara ini.

"Penyenaraian semua peniaga akan berada di nyamai.com. Pengunjung yang berjaya mengumpul cop penuh dalam pasport mereka akan menerima hadiah istimewa pada festival sama yang akan diadakan pada 2025," katanya sambil menambah, pertandingan pakaian tradisional akan turut diadakan bagi memeriahkan lagi festival.

Turut dibuka pada tahun ini adalah Anugerah Gastronomi dalam 12 kategori yang mana pendaftarannya boleh dikemukakan di nyamai.com dan majlis akan diadakan di The COVE 55 pada 13 September 2024.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.226891 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list