CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33648|Reply: 0

[Sabah] Pelbagai aduan rakyat diterima dan perlu perhatian segera

[Copy link]
Post time 27-8-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode


SEDIA BERKHIDMAT: Chew (tiga kiri) bersama kakitangan UPPM Karamunting sedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

SANDAKAN: Pelbagai aduan dari penduduk sekitar Bandar Leila berjaya direkodkan dalam perkhidmatan mobile yang dilaksanakan di sini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, perkhidmatan berkenaan diadakan setiap bulan di sekitar Karamunting.

Katanya, aduan yang diterima akan direkodkan dan para pegawai Unit PPM Karamunting akan bertindak membuat tinjauan berdasarkan isu rakyat yang diterima.

Chew berharap semua jabatan dan agensi kerajaan berkaitan boleh bertindak secara proaktif menyelesaikan isu-isu rakyat di Sandakan.



TINJAU: Ricky (kiri) ketika membuat tinjauan ke atas masalah lurang kumbahan di Bandar Leila.

Berikutan itu, Pemaju Mukim UPPM Karamunting, Ricky Voon membuat tinjauan ke Bandar Leila Blok E, Lot 5A berkaitan aduan masalah lurang kumbahan yang tersumbat.

Ricky berkata, kemudahan berkenaan sudah tersumbat untuk satu tempoh masa yang lama sehinggakan semua sisa kotoran menutupi permukaan kaki lima.
"Perkara ini sudah disampaikan kepada pihak berwajib untuk tindakan susulan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.038526 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list