CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31178|Reply: 8

[Tempatan] Memusnah Bom Hingga Parah Tertimbus Tanah

[Copy link]
Post time 28-8-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KLUANG - Dua anggota polis parah akibat tertimbus tanah semasa menjalankan tugas memusnahkan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak di sini pada Selasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu mengakibatkan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

Dua anggota dari Unit Pemusnah Bom Polis Johor yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abdul Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.

Difahamkan Abdul Halim mengalami pernafasan tidak stabil, patah tulang pinggul dan tulang rusuk serta pendarahan dalam perut.

Sementara, Muhammad Faruuqi pula mengalami pernafasan tidak stabil dan patah tulang paha.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebelum itu, tular dalam media sosial mengenai kehadiran ambulan ke kawasan perumahan berkenaan hingga mengundang pertanyaan penduduk setempat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga panjang umur, cepat sembuh dan dipermudahkn urusam kpd kedua2 mangsa terlibat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 28-8-2024 01:13 AM
semoga panjang umur, cepat sembuh dan dipermudahkn urusam kpd kedua2 mangsa terlibat

Aameen..  Sedih baca.  Kenapa la pilih kerjaya ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 28-8-2024 05:20 AM
^CUN_GILA~. replied at 28-8-2024 05:05 AM
Aameen..  Sedih baca.  Kenapa la pilih kerjaya ni?


Deol ni unit pemusnah bom. Best. Tak heavy macam masuk bahagian jenayah ka narkotik. Siap ada elaun khas.

Dalam kes ni, rasanya something went wrong. Aku nak persoal dua anggota ni ja ka bertugas di hari kejadian? If ya, mana superior deol? Mana boleh kau unit bawahan suka2 kasik musnah bom tanpa pemantauan superior? Ka, deol berdua ni ja malang tak berbau, members lain tak kena?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:38 PM | Show all posts
Banyak betul bom2 yang digugurkan tidak meletup di malaysia ni. malaysia ni antara lokasi kuat penjajah berperang zaman ww2 dulu nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 04:10 PM | Show all posts
bom meletup ke atau kena timbus tanah..teruk sgt kecederaannya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya harap cepat sembuh & takde kecacatan kekal
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 10:13 PM | Show all posts
Salah satu cara musnahkan bom ialah dgn cara "letupkan" bom tu...agak2 aku mungkin tanah runtuh bila diaorg nak pasang peledak kat bom lama tu...agak2 je lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 04:26 PM | Show all posts
dorang takde SOP ke untuk letupkan ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.621616 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list