Kaunter kosong rupanya kaunter Air Kelantan: JPA tegur laporan Harakahdaily
Diterbitkan: Aug 28, 2024 6:38 PM
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegur lidah rasmi PAS kerana menjadikan hantaran gambar yang tidak tepat sebagai laporan berita berkaitan isu ketiadaan kakitangan di kaunter kerajaan pada waktu bekerja.
Teguran itu dibuat oleh pengendali (admin) laman Facebook JPA yang memberi komen pada perkongsian berita berkenaan di Facebook Harakahdaily, hari ini.
"Terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia. JPA berbangga dengan sikap rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh inginkan pembaharuan dalam perkhidmatan kerajaan.
"Namun begitu, mohon kerjasama untuk menggunakan gambar yang betul dan mutakhir agar tidak merosakkan nama kementerian dan jabatan terbabit," kata JPA.
Harakahdaily dalam laporan itu memetik seorang pengguna Facebook yang berkongsi gambar kaunter sebuah pejabat kerajaan yang tidak diperincikan lokasinya.
Harakahdaily memetik komen pengguna media sosial yang memberi respon terhadap gambar kaunter perkongsian Bakar itu.
"Dah jam 9 pagi, tiada seorang pun di kaunter," lapor Harakahdaily memetik komen berkenaan.
JPA kemudiannya menjelaskan gambar yang asalnya dimuat naik di halaman Facebook “B40 buat perangai apa hari ini” itu merupakan gambar kaunter syarikat air milik kerajaan negeri, Air Kelantan.
JPA juga mengundang pengguna itu membuat aduan dengan gambar terkini.
“Kami sedia membantu, bukti yang kukuh diperlukan untuk tindakan," kata JPA.
Semakan terkini Malaysiakini mendapati hantaran asal gambar berkenaan sudah pun dipadam.
Hantaran dlm pesbuk tu, tulisan air kelantam diblurrrkan. So, Harakah baca.... dan serkap jarang konon nak tunjuk staff di bawah pentadbiran PMX banyak curi tulang.
Harap dah boleh sediakan tin melo utk kutipan dana, manatau Air Kelantam nak press charges Harakah ka.