CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2968|Reply: 0

[Sarawak] Integriti penjawat awam perlu bergerak seiringan

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode


Len Talif bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan pada pada majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Integriti Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Tahun 2024 hari ini.

KUCHING: Integriti penjawat awam perlu bergerak seiringan bagi memastikan kestabilan dan kelestarian pembangunan negara terus dapat dicapai dalam jangka masa panjang dan lebih berkualiti.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan  Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, malah inovasi yang terhasil melalui idea-idea bernas daripda golongan itu akan menjadikan Sarawak terus maju dan dipandang tinggi.

Dengan perubahan yang berlaku dan bersifat positif ini katanya, sudah tentu membolehkan Sarawak menjadi contoh bagi negeri lain untuk membudaya dan mempraktikkan inovasi.  

“Contohnya, kejayaan majlis perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pada 17 Ogos lalu telah membuktikan keupayaan Sarawak dalam penganjuran temasya sukan yang berprestij di Malaysia.

“Elemen inovasi dan kreativiti yang turut diketengahkan dalam temasya itu amat dikagumi oleh semua pihak dan dijadikan sebagai penanda aras untuk penganjuran acara yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Integriti Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Tahun 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Len Talif turut menggesa warga kerja Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar untuk sentiasa mengamalkan budaya integriti dan tingkah laku beretika.

“Seiring peningkatan teknologi semasa, anda harus mengamalkan budaya integri dan tingkah laku beretika.  

“Bukan itu sahaja, produk atau perkhidmatan yang hendak dicipta atau ditambah baik juga harus disediakan pada tahap ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap akan lebih ramai lagi warga kerja kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya menyertai program Konvensyen KIK dan Integriti pada masa depan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.157184 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list