CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4471|Reply: 0

[Sarawak] Kerjasama penuh penduduk diseru bagi realisasikan Projek Lebuh Raya Trans Borneo

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:51 PM | Show all posts |Read mode


Paulus (kiri) menyerahkan cek geran kepada Emboi pada PRSK, baru-baru ini.

LIMBANG: Penduduk di kawasan Batu Danau perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan pelaksanaan Projek Lebuh Raya Trans Borneo yang akan dibina tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata, kerjasama penduduk diperlukan kerana pembinaan jalan itu akan melibatkan keja-kerja merobohkan gerai, pondok dan tanaman di sepanjang jalan terbabit yang bermula dari Tedungan hingga ke bandar Limbang.

Katanya, projek yang akan menghubungkan Miri, Brunei dan Limbang itu dibina dengan laluan empat lorong.

"Harapan saya ialah supaya penduduk yang akan terlibat di mana rumah mereka terpaksa dipindahkan, pokok durian mereka perlu ditebang, jangan marah dan berilah kerjasama supaya pelaksanaan projek ini berjalan lancar.

"Kita akan dapat menikmati kemudahan dengan lebih cepat sekiranya ia dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa telah ditetapkan," katanya berucap pada Majlis Penutupan Program Randau Solidariti Komuniti (PRSK) di Dewan Kampung Limpasong baru-baru ini.

Turut hadir ialah isteri Paulus Datin Mary Sindang, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Ketua Kampung Limpasong Emboi Siok.

Projek itu katanya, akan diteruskan sehingga ke Pandaruan, daerah Limbang berhampiran daerah Temburong, Brunei.

Projek Lebuh Raya Trans Borneo di bawah kerajaan persekutuan itu sebelum ini dikenali sebagai Lebuh Raya Pan Borneo oleh kerajaan terdahulu.

Lebuh Raya Trans Borneo sepanjang 96.3 kilometer itu akan menghubungkan Sarawak ke Sabah melalui Brunei Darussalam.

Katanya, perpaduan dan integrasi adalah ramuan utama untuk mencapai kestabilan ekonomi, sosial dan politik dalam sesebuah masyarakat majmuk.

“Perpaduan tidak datang bergolek. Ia perlu dipupuk dan ditanam dalam sanubari komuniti kita sejak kecil lagi supaya nilai tersebut dapat dihayati sepanjang hayat.   

“Melalui aktiviti solidariti komuniti, perkongsian bersama agensi pembangunan sosial, forum solidariti dan sukan solidariti komuniti yang telah dilaksanakan, saya percaya para peserta sudah dapat menghayati akan nilai dan kepentingan hubungan baik agar hubungan berkualiti dapat ditingkatkan tanpa mengira jantina, peringkat umur, etnik dan agama,” ujarnya.

Jelasnya, melalui hubungan berkualiti kebersamaan dapat diperkuatkan bagi mengukuhkan keharmonian sosial dalam komuniti di kawasan Batu Danau ini khususnya.

“Apabila kesefahaman dan kebersamaan sudah menjadi satu budaya maka lebih mudah untuk kita menangani isu dan cabaran sosial yang dihadapi secara bersepadu.

“Dalam masyarakat yang sudah bersatu padu dan utuh, pembangunan seimbang lebih mudah dicapai kerana pembangunan ekonomi dan fizikal dapat dilaksanakan dalam suasana sosial yang sejahtera, aman dan harmoni,” ujar beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.086985 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list