CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5349|Reply: 0

[Sarawak] Anak Sarawak digalak menimba ilmu berkaitan teknologi moden

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:52 PM | Show all posts |Read mode


Hanifah (kanan) menyerahkan geran bantuan kepada salah seorang penerima.

KUCHING: Anak Sarawak digalakkan menimba ilmu berkaitan teknologi moden khususnya kejuruteraan marin bagi memacu pembangunan ekonomi wilayah tersebut.

Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib berkata tenaga kerja dan pakar kejuruteraan marin di Sarawak sememangnya masih kurang dan kepakaran itu diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja lapangan yang mencabar seperti penyambungan paip bawah air.

Bagi tujuan itu beliau menggalakkan lepasan sekolah yang layak mengikuti kursus kejuruteraan marin yang ditawarkan di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Kampus Laila Taib bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang tersebut.

"Kerjaya ini menjanjikan gaji yang lumayan dan Insya-Allah menjelang 2026, kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyediakan pendidikan tinggi percuma untuk anak Sarawak yang layak," katanya.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) berjumlah RM540,000 di Pusat Khidmat Parlimen Mukah baru-baru ini.

Geran MRP bernilai RM400,000 diserahkan kepada 31 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti relevan dengan ahlinya.

Manakala geran PMR berjumlah RM140,000 diserahkan kepada empat persatuan dan surau untuk kerja-kerja pembaikan dan naik taraf infrastruktur.

Menurut salah seorang penerima geran MRP, Ketua Kaum (KK) Kampung Tellian Tengah Winnie Wena, geran tersebut akan digunakan untuk menjalankan program Pesta Tanglung, gotong-royong membaiki titian usang dan sumbangan kepada penduduk kampung yang sakit.

"Kita juga menggunakan geran ini untuk memperbaiki infrastruktur gerai-gerai yang dikendalikan oleh penduduk kampung jika ada kerosakan atap, dinding dan peralatan mereka," tambahnya.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick Silvester William berkata, geran MRP yang diberikan kepada sekolah tersebut akan digunakan untuk menaik taraf sistem saliran di blok tandas sekolah dan membeli mesin cetak baharu bagi kegunaan harian sekolah.

"Fokus kita adalah untuk memastikan proses pembelajaran dan keselesaan pelajar dalam keadaan memuaskan agar mereka dapat menimba ilmu tanpa ada gangguan," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.333788 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list