View: 42868|Reply: 8
|
[Tempatan]
Hampir Terjerlus Dalam Lubang Dekat Masjid India, Pakcik Mendapat Hidayah Memeluk Agama Islam 3 Hari Kemudian!
[Copy link]
|
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesahkan seorang lelaki hampir terjelus masuk ke dalam lubang benam di Masjid India minggu lalu telah memeluk agama Islam, lapor Berita Harian.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, yang membantu urusan lelaki dikenali sebagai Kalidass, 48, melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara di sini, dengan nama Islamnya, Haridath.
“ABIM mengesahkan Haridath memeluk Islam, Isnin lalu. Beliau datang sendiri untuk bertemu kami dan menyatakan hasratnya itu.
“Beliau juga memaklumkan sudah lama berniat untuk memeluk Islam. Beliau datang dalam keadaan bersedia, malah hadir bersama-sama dua saksi yang merupakan kenalannya.
“Cuma peristiwa hampir terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India itu menjadi ‘wake up call’ untuk beliau tidak bertangguh lagi,” katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Pada masa sama, Haridath turut kongsikan detik-detik mengerikan itu pada pertemuan mereka di pejabat IOA Centre.
Menurutnya, beliau mengenali wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang berkenaan kerana sering datang melancong ke Malaysia.
Kata Haridath lagi, suami wanita warga India itu berjalan tidak jauh di belakang mangsa. Bagaimanapun tidak kelihatan dalam rakaman CCTV yang tular di media semasa.
“Mungkin asbab kejadian itu, beliau mendapat hidayah daripada Allah SWT untuk terbuka hati terus memeluk agama Islam,” kata Ahmad Fahmi.
Dalam masa sama, beliau berharap semua pihak memberi ruang kepada saudara baharu itu untuk bertenang, sekali gus mendoakan dan menghormati privasi Haridath.
“ABIM menegaskan bahawa sesungguhnya, mempunyai agama adalah hak dan fitrah semula jadi manusia. Justeru, sudah semestinya tiada siapa pun yang boleh memaksa atau dipaksa dalam perkara beragama.
“Pada masa sama, kami mendoakan operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India dipermudahkan, dan turut menzahirkan perasaan simpati buat keluarga mangsa,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allah bagi hidayah dengan berbagai cara.. alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....asbab aci yg dia kenal terjatuh lubang, jiwanya dikurnia hidayah, semua yg terjadi bukan suatu kebetulan, there is no coincidence in every thing that happened, every person we meet has a purpose, whether we know it or not.... |
|
|
|
|
|
|
|
aljamdilah..i ingt berita tipu je psl ni..
nape pulak dia tiber blh dpt hidayah..xfhm la...dia hapir jd mangsa..then nae dia terfikir psl islam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah ada ke benang yg sama ? |
|
|
|
|
|
|
|
mintak ustazah nolya bagi penerangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. tambah 1 umat islam. Harap dapat bimbingan berterusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|