CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44336|Reply: 16

[Jenayah] Taktik Baru Scammer Nak Menipu, Tak Bagi Rider Grab Ambik Gambar Makanan!

[Copy link]
Post time 29-8-2024 06:59 PM | Show all posts |Read mode


Apabila sudah biasa menipu, ada sahaja helah licik yang dilakukan oleh sesetengah individu untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan dengan cara yang salah.

Baru-baru ini, seorang rider meluahkan ketidak puasan hati apabila dia telah ditegur dek kerana hanya mengambil gambar makanan yang dihantar kepada pelanggan.

Menerusi tangkap layar perbualannya, pelanggan telah mempersoalkan tindakan rider yang mengambil gambar hantaran walaupun sudah diletak nota untuk tidak berbuat sedemikian.

“Jangan ambil gambar. dah bagitahu dalam remarks,” tulis pelanggan itu.

Namun, rider tersebut berkeras mengatakan itu standard prosedur buat mereka mengambil gambar sebagai bukti untuk mengesahkan sudah menyelesaikan penghantaran kepada pelanggan.

Dia lalu berseloroh mengatakan tiada apa yang perlu ditakutkan dengan sekeping gambar penghantaran pesanan yang diambil dan ia boleh menjadi bukti yang dia sudah meletakkan makanan di tempat yang diarahkan.

Perkongsian lelaki itu di grup FB GrabFood Rider Malaysia telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya mendedahkan ini merupakan satu taktik baharu scammer untuk menipu dalam mendapatkan makanan secara percuma.

Difahamkan sebab mereka suruh tidak mengambil gambar bukannya berkaitan privasi tetapi mempunyai hasrat untuk membuat aduan yang makanan atau minuman yang dipesan tidak dihantar oleh rider.

Lalu, mereka akan mendapat refund dan terima makanan yang dipesan secara percuma. Hal ini sekaligus telah menganiaya rider yang ‘lurus bendul’ yang tidak mengambil gambar hantaran yang telah dibuat.

Bukan itu sahaja, ada di kalangan rider berkongsi telah mengalami situasi yang sama dan terpaksa ditolak gaji dek kerana helah licik yang dilakukan oleh si scammer.

Jadi, ramai yang meminta rider di luar sana untuk lebih berhati-hati dan cakna dengan taktik penipuan terbaharu yang kian merebak di banyak tempat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2024 10:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2024 07:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pulak pantang rider ambik gambo aku dgn barang2
Ambik gambo barang udah le..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:05 AM | Show all posts
mmg scammer la..


Amik gambar atas meja pun x bg mmg sah nk mkn free.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:34 AM | Show all posts
nk makan makanan haram dan free la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 10:35 AM | Show all posts
memang jenis nak makan free la tu..
i ada juga rider kata nak amik gambar..
so i cakap just amik gambar food tanpa i..
or else, i suruh je letak atas tembok i tunggu belakang pintu..
rider jalan baru i keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:00 AM | Show all posts
rupanya ramai juga yg pemalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 11:01 AM | Show all posts
akak bila rider nak ambil gambar makanan,
akak dekatkan plastik itu sebelah muka akak... akak senyum,..haaa begitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:20 AM | Show all posts
ya...ramai je yg pemalu. Dah tulis dlm remark sangkut dekat pagar. dia cau je baru kita ambik. lantak sana dia nak ambik gambar ke video ke.


Sb dah selalu buat jahat tu yg hidup ko sempit sampai nak makan pun kena menipu. Tak berkat
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:34 AM | Show all posts
mcm tak pernah je rider ambil gamabar kita...hmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ikut je prosuder, manusia zaman skrg mcm2 perangai
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat bodoh.

Malas kongsi oksigen dengan hanat sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk mkn pun nk scam..
Mskla telur mkn dgn kicap kalu kebuluran sgt..tk payahlah scam rider.
Mkn sedap2 keluar jadi taik juga.

Tak pernah check tangki septik ka?wangi sgt ke mkn sedap2
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya nk aniaya orang mcm tu. Sengkek tapi nak makan sedap
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 04:52 PM | Show all posts
ank aku dh kn dh....rider dominos...customer note soh ltk kt pagar...ank aku pun ltk la kat pagar n snap gamba...last2 customer call kt xdpt...tnjuk prove gamba tu tp tetap kt xdpt...alih2 ank aku kn byr blk rm80 weiiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 05:24 PM | Show all posts
aku penah rider salah hantar makanan rumah orang lain
status dah delivered, tapi xde pun depan rumah aku
chat lah dgn rider, bagitau x dapat makanan
rider marah2 suruh cek kat luar rumah, dia dah hantar letak sekian2 tempat
aku suruh dia bagi gambar, clearly bukan rumah aku
aku snap gambar rumah aku, terus dia palaukan aku
memang aku report je lah, ajak bincang cara baik, nak marah2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067525 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list