CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40211|Reply: 0

[Sarawak] Mayat lelaki tertimbus dalam lubang Gunung Tabai berjaya dikeluarkan

[Copy link]
Post time 30-8-2024 12:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-8-2024 04:33 PM



Mayat mangsa diusung ke kenderaan polis untuk dihantar ke hospital. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

BAU: Mayat seorang lelaki dipercayai Yoga Anggiska, 26, warganegara Indonesia yang dipercayai tertimbus di dalam lubang lombong emas haram di Gunung Tabai, di sini berjaya dikeluarkan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis Kempas berkata, mayat mangsa ditemui oleh pasukan SAR kira-kira 90 meter di dalam lubang tersebut dalam keadaan reput.

Menurutnya, pasukan SAR telah mengumpulkan seluruh anggota mayat mangsa sebelum dibawa keluar dari dalam lubang tersebut.

“Pasukan SAR seramai lapan orang telah masuk ke dalam tempat tersebut untuk memulakan pencarian mayat mangsa pada jam 11.35 pagi.

“Hasil operasi, pasukan SAR telah berjaya menemui mayat mangsa dan kerja mengorek tanah (timbus) dilakukan untuk mengeluarkan mayat mangsa.

“Pada jam 12.25 tengah hari, pasukan SAR terpaksa keluar dari lokasi kejadian dan menyambung semula operasi pada jam 1.45 petang,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambahnya, kerja-kerja mengorek timbusan tanah tersebut mengambil masa yang lama disebabkan keadaan di dalam lubang yang sempit.

“Seluruh (anggota) mayat mangsa berjaya ditemui dan telah dibungkus untuk dibawa keluar dari tempat kejadian oleh pasukan operasi,” katanya.

Pada jam 3.56 petang, mayat mangsa berjaya dibawa keluar sambil dibantu oleh penduduk tempatan dan sepupu mangsa.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.

“Memandangkan keadaan mayat sudah reput, jadi sukar untuk melakukan pengecaman, tetapi kita akan dapatkan keluarga terdekat seperti adik-beradik atau ibu mangsa untuk ujian DNA,” katanya lagi.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).

Pihak polis hanya menerima laporan kehilangan mangsa pada 23 Ogos lalu daripada pihak Konsulat Indonesia dan operasi SAR hanya dapat dijalankan sejak 28 Ogos selepas ada saksi tampil membantu siasatan.

Difahamkan, insiden mangsa tertimbus tanah dikatakan berlaku pada 13 Ogos, namun tiada laporan dibuat sehingga kehilangannya mula disedari keluarga mangsa di Indonesia.

Risau akan keadaan mangsa, keluarganya di Indonesia telah menghubungi konsulat di sini sehingga laporan polis dibuat pada 23 Ogos.

Operasi SAR dilancarkan selepas maklumat baharu mengenai lokasi kehilangan mangsa diterima.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.217958 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list