CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41046|Reply: 5

Berita Malam Seram: Mesin Catat Bacaan Jantung Siapa Ni?

[Copy link]
Post time 30-8-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – “Pesakit turun ‘strecher’ pergi tandas. Ada pesakit ‘lain’ pula duduk atas tu. Kadar denyutan jantung lebih 200! Pukul 1 pagi ya, datang senyap-senyap nak tumpang tidur”.

Itu perkongsian seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama Kakruz tentang situasi menyeramkan di sebuah pusat perubatan.



Menerusi hantaran video berkenaan, jelas dapat dilihat tempat berkenaan kosong, namun bacaan pada mesin berhampiran dipercayai elektrokardiogram, terdapat rekod bacaan dicatatkan seolah-olah ada yang sedang duduk di atas katil pesakit terbabit.

Berdasarkan perkongsian di laman sesawang Gleneagles Hospital Malaysia, kadar denyutan jantung biasa manusia jatuh dalam julat 60 hingga 100 denyutan seminit (bpm) semasa rehat.

Rata-rata pengguna mengatakan situasi berkenaan sangat menyeramkan, malah tidak kurang juga ada petugas-petugas hospital yang turut berkongsi pengalaman serupa.

“Dekat wad kita pun pernah jadi macam ni. Pesakit tak ada pun tiba-tiba ada ‘rhythm’,” kongsi @Qairaqhalif.

“Kita pun selalu kena. Tiba-tiba ja ada bacaan tekanan darah, kadar denyutan jantung la, bacaan paras oksigen dalam darah la…,” kata seorang lagi pengguna.

“Selalu kena macam ni masa HO (doktor pelatih) dulu. Dekat ‘cubicle’ yang sama ja,” ujar pengguna yang lain.

Lebih menyeramkan, ada netizen yang mendakwa ternampak kelibat bayi di atas katil pesakit berkenaan.

“Saya tengok video ni dengan anak. Dia kata ada ‘baby’ atas katil. Saya tanya kat mana ada ‘baby’? Dia tunjuk atas katil. Dia kata kasihan ‘baby’ adik,” kongsi @fiezalewis0.

– KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 04:21 PM | Show all posts
Hospital selalu spooky kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
IvyGorgon replied at 30-8-2024 04:21 PM
Hospital selalu spooky kan

Aku selalu fobia msok lif ade mayat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pon nak sakit jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 02:15 PM | Show all posts
sapeka replied at 30-8-2024 05:38 PM
Dia pon nak sakit jugak

hahahaha komen ni win
kot la dia pun ada sakit demam jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 02:52 PM | Show all posts
pengalaman masa admit kat salah sebuah hospital kat jalan ampang, dpt bilik sorang. then, mlm tu, kakak aku dtg teman bermalam.

so, mlm tu, masa nak tido, aku decide on kan lampu foyer yg sangat2 malap (warna kuning tu). Lewat mlm, masa tgh tido, aku dpt mimpi, doktor & nurse masuk bilik aku. dua2 tak nampak kepala.. (mungkin sebab bilik aku hanya on lampu yg deem tu kan), so yg nampak hanya bhg dada ke pinggang shj. doktor with stestoscope, dan nurse pegang file. dua2 dtg rapat kat katil aku. dan doktor tu, terus rapat kat aku, tarik tangan aku dan sebelah lagi tangan dia rentap/nak cabutkan cannula yg dicucuk/pasang kat tangan aku. dlm mimpi tu aku menjerit merayu kat doktor jgn cabut sebab sakit. tapi takde apa2 respons pun... sampai lah aku terjga jugak akhirnya. bila sedar, tgk kakak aku baring atas sofa tgh pandang muka aku. dia tanya aku, "sakit ke? dengar kau mengerang sakit". aku jwb kat dia.. "tak.... aku mimpi seram". Then, kakak aku ckp, dia mmg tak boleh nak lelap sebab sofa tu tak selesa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.074831 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list