CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26535|Reply: 26

[Tempatan] Duta AS bertanya, adakah keadaan di Gaza bertambah baik disebabkan boikot?

[Copy link]
Post time 30-8-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Duta AS: Adakah keadaan di Gaza bertambah baik disebabkan boikot?
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Aug 30, 2024 10:00 AM



Di tengah-tengah kempen boikot di seluruh dunia terhadap syarikat yang dianggap menyokong Israel, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan mempersoalkan "kesan praktikal" gerakan sedemikian, khususnya yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.

"Adakah sesiapa fikir boikot ini telah membawa sebarang penambahbaikan kepada keadaan di Gaza? Jika ada yang ingin mengemukakan hujah tersebut, saya terbuka untuk mendengarnya," katanya dalam satu wawancara selepas melawat pejabat Malaysiakini.

Bagaimanapun, Kagan mengulangi sokongan AS terhadap protes dan tindakan boikot secara aman.

“Kami percaya pada protes aman. Itu boleh diterima dan kami menyokongnya. Kami menyedari orang ramai mempunyai pandangan yang kuat, jadi teruskanlah.

“Bagi boikot, saya tidak mempersoalkan hak untuk memboikot. Tetapi saya mempersoalkan satu tahap pemilihan tertentu.

“Saya juga mempersoalkan hakikat bahawa kesan praktikal boikot ini agak terhad dan sering kali lebih memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Kagan, yang memegang jawatan duta pada April semasa sidang medianya yang pertama berkata boikot seumpama itu akhirnya hanya akan merugikan pekerja Malaysia yang diambil bekerja oleh syarikat yang disasarkan.

Sejak serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, antara jenama yang dikaitkan dengan AS dan menjadi sasaran boikot termasuk McDonald's dan Starbucks, yang mempunyai cawangan yang menggaji ribuan pekerja di seluruh Malaysia.

Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia) juga memperluas "sasaran boikot" mereka sebagai sokongan kepada Palestin.

BDS turut menggesa Marvel Studios dan syarikat induknya Walt Disney Studios mengeluarkan watak Ruth Bat-Seraph daripada filem "Captain America: Brave New World".

Watak tersebut, yang dikenali dengan nama alter egonya Sabra, digambarkan dalam komik itu sebagai seorang ejen Mossad, organisasi perisikan Israel, serta seorang pegawai polis di Tel Aviv.

Kagan memberitahu Malaysiakini bahawa pendiriannya tidak berubah sejak sidang media terakhirnya, baik dari segi menghormati hak untuk mengadakan protes aman mahupun kesan boikot tersebut terhadap syarikat yang berkaitan dengan AS.

"Sudah tentu kami tidak menyukainya. Kami lebih suka untuk tidak melihatnya.

“Tetapi nampaknya keberkesanan tindakan ini diragui... Saya fikir secara praktikalnya, pada pandangan saya, boikot (sekarang) lebih cenderung menjadi simbolik dan tindakan simbolik sebegini lebih banyak memberikan kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 11:32 AM | Show all posts
kamu tidak akan bersuara sekiranya ia tidak memberi kesan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:49 AM | Show all posts
Ambik contoh Malaysia je berapa percent la sangat impact dia compared to rest of world..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 01:07 PM | Show all posts
Edited by gangerina at 30-8-2024 01:09 PM

tgk video ni start at 5:14  ceo pun mengaku bisnes in malaysia and indonesia is not doing welll....apo la pakcik ni...

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 02:30 PM | Show all posts
kalau nak lagi berkesan stop guna US dollar dalam semua urusan
klu boikot mcm ni kesannya mgkin 50 tahun lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa kamu tanya???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapannya NO but who cares janji McD stabak yahudi keluar dari malaya katanya. Ekonomi sendiri lingkup pun sokay sebab hati puas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa?
Biar la orang nak boikot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 29-8-2024 11:48 PM

Bukan kagan yang tanya... Reporter yang bertanya kepada heshe during roundtable meeting dengan malaysia reporter...heshe jawab tidak effect US companies and us economy... Hehse tolong backup mcd... Kfc and starbuck di mana owned oleh saudis and malaysian....
Ustaz and ustazah memang  ber dahwah tidak ajar untuk ada intergrity ka?.... Mahu twist news untuk israel zionist yang jauh ok lagi... Twist statement embassador harap masih ada sinar trust kepada muslim tentang palestine issue
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:53 PM | Show all posts
maybe tak berapa ada impak, tapi 'poket' sakit kan ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:15 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 30-8-2024 11:32 AM
kamu tidak akan bersuara sekiranya ia tidak memberi kesan

SETUJU.
Acah2 bersuara boikot merugikan rakyat malaysia.
Terpaling ambil berat pasal rakyat Malaysia gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 30-8-2024 01:07 PM
tgk video ni start at 5:14  ceo pun mengaku bisnes in malaysia and indonesia is not doing welll....a ...

Tq uols bg tacang!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:22 PM | Show all posts
mari la kita doakan jenama tempatan boleh naik menjadi jenama kebanggaan negara dan menggantikan jenama2 asing
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 07:47 AM | Show all posts

ur welcome!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 1-9-2024 04:08 PM

Akan effect US economy dari tax collection untuk hantar weapon ke israel... Most us income bukan dari mcd.. Kfc and starbucks saja... % kecil saja sampai ke US boycotte hanya target brand saja.. Sector lain contribute tax lebih banyak... Seperti tech and financial.. Banking etc giants sector..
I guess boycotte rally still on and on... Food business ini common lah if local boleh naik... Ummah suka eat.. Eat and eat gemok same seperti north amerika fat nation...mahu boycotte.. Lawan economy masih fikir makan 24/7....
Bagaimana ummah faham aku tidak tahu laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss boikot sbuck,KFC,McD sblm perang terbaru ni lg...bukan sbb pe rege mahaii tp x Kene tekak...buger McD x best kecuali prosperity buger...iolss suka double cheeze buger A&W.. ayam goreng pulak dr KFC baik Marrybrown beso2.. service pun bgs n dekat je Gan rumah..lintas jalan 3 minit dah sampai..KFC penH bl last sekali bulan September 2023 ampeh mahaii je lebih ayam beso ayam puyuh..x berasa ayam..kosong..dgn itu ini dlm set x de...harga sama mcm ade..ms Oder ckp semua ade...nk dpt itu ini x de...jd sbb semua rege lebih kurang..baik ambik yg ade semua.. sape suruh x jaga service
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
apa yg iolss paham, bila dh boikot semua sykt yg menyokong israel, adakah keadaan di Gaza, Palestin berubah menjadi baik?? kira perang dah stop ke sebab boikot..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 1-9-2024 04:36 PM
ina_na replied at 1-9-2024 04:00 PM
Iolss boikot sbuck,KFC,McD sblm perang terbaru ni lg...bukan sbb pe rege mahaii tp x Kene tekak...bu ...


Uols ada size portion issue dengan muslim capitalist majority muslim shared holder muslim sendiri kecuali starbucks... Kfc and mcd di US portion besar... Aku percaya kuat complain size ini depa hanya buat comparison EU and UK size... American muslim aku rasa tidak review sebab non halal concern... Kfc hanya selected franchise saja owned oleh muslim and halal... Yahoodi pun tidak review sebab bukan kosher.. Apalagi boycotte us market... Food chain restaurant yang muslim already avoid... Yang teruk starbuck saja
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 30-8-2024 12:19 AM
Tq uols bg tacang!

Tolong cakap dekat tokdet... His jewish buddy soros sponsored pro palestinian rally...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
angkuh sungguh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068954 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list