CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48685|Reply: 3

[Tempatan] Alam Flora gerakkan 220 petugas bersihkan tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2024

[Copy link]
Post time 30-8-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode
MUTAKHIR

Alam Flora gerakkan 220 petugas bersihkan tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]



Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Seramai 220 pekerja pembersihan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) akan bertugas pada raptai penuh dan kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Badrulhisyam Fauzi berkata, ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya untuk memastikan kebersihan optimum di tapak acara berkeluasan melebihi 400 ribu meter persegi.

"Ia sekali gus mengekalkan suasana yang selesa dan teratur sepanjang sambutan bersejarah ini.

"Operasi pembersihan untuk perarakan Hari Kebangsaan dijalankan di bawah arahan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan diserahkan kepada SWCorp," katanya.

Katanya, dalam usaha untuk memastikan kawasan perarakan kekal bersih dan terjaga dengan baik, SWCorp mengarahkan Alam Flora untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh.

"Bagi upacara raptai perarakan Hari Kebangsaan pada 26 hingga 28 Ogos lalu, Alam Flora meningkatkan keupayaan pembersihan dengan menyediakan 650 tong sisa mudah alih bersaiz 120 liter (L), 100 tong sisa mudah alih bersaiz 660L serta 11 tong RORO.

"Usaha ini bagi memastikan semua kawasan terbabit sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur menjelang hari raptai penuh," katanya.

Menurutnya, Alam Flora juga menyediakan empat lori kompaktor untuk pembersihan menyeluruh selepas perarakan Hari Kebangsaan 2024.

"Ia bagi memastikan kawasan acara dikembalikan kepada keadaan asalnya dengan cepat dan efisien.

"Sebelum sambutan Hari Kebangsaan, dua lori 'jetter' akan digunakan untuk 'flushing' kawasan itu bagi menyediakan tapak bersih dan teratur," katanya.

Badrulhisyam berkata, seramai 220 pekerja pembersihan akan berada di lapangan bagi memastikan tapak acara Hari Kebangsaan, esok, kekal bersih dan teratur sepanjang majlis.

"Komitmen Alam Flora adalah untuk menjamin kelancaran sambutan tanpa gangguan kebersihan.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuang sampah sembarangan dan memanfaatkan tong disediakan bagi memastikan kawasan acara sentiasa

bersih," katanya.

Katanya, selepas acara perarakan Hari Kebangsaan pula, Alam Flora akan meneruskan usaha pembersihan menyeluruh di tapak sambutan dari 1 hingga 3 September ini.

"Seramai 34 pekerja pembersihan akan ditugaskan setiap hari di kawasan Dataran Putrajaya dengan dibekalkan 10 tong sisa mudah alih bersaiz 660L dan 2 tong RORO.

"Bagi kawasan lain pula dibersihkan oleh mengikut pekerja rutin sedia ada. Usaha ini adalah untuk mengembalikan kawasan itu kepada keadaan asal serta mengekalkan kelestarian persekitaran selepas acara dilangsungkan," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 30, 2024 @ 6:47pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tan-hari-kebangsaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik, Alam Flora Fauna
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:34 PM | Show all posts
Edited by DeluluMelulu at 30-8-2024 07:45 PM

Acara sampah tahunan bakal kembali lagi.

"Ni bukan angkara ummah KL, ummah KL kan terpaling pembersih terpaling urban semua.
Ni mesti ummah SSKJP yang tinggal di KL yang buang sampah merata mentaliti pprt ni," tuduh acik2 KL Darul Jerlus Wilayah Mendap





Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 08:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.476154 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list