View: 50335|Reply: 66
|
[Jenayah]
Beroperasi Selama 21 Tahun, Rotiboy KLCC Mengumumkan Tutup Cawangan Buat Selama-Lamanya!
[Copy link]
|
|
Rotiboy mengumumkan penutupan cawangan ikoniknya di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) buat selama-lamanya bermula 8 September depan.
Dalam kenyataan di Facebook, Rotiboy menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pekerja dan pelanggan yang telah memberikan sokongan kepada mereka selama ini.
"Kepada peminat dan penyokong Rotiboy, terima kasih atas sokongan anda menemani Rotiboy KLCC selama 21 tahun ini. Terima kasih kerana membenarkan kami menjadi sebahagian daripada pertumbuhan anda dari zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa.
"Kepada rakan sekerja Rotiboy KLCC, terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan saudara dan saudari buat 21 tahun ini. Sekarang sudah tiba masanya untuk saudara dan saudari menimba pengalaman baru di lokasi Rotiboy yang lain.
"Segala yang baik akan berakhir juga bagi membuka peluang untuk mencapai sesuatu yang lebih berprestasi dan lebih baik. Namun begitu, adalah dengan keberatan hati dan dukacitanya, kami mengumumkan bahawa Rotiboy KLCC akan ditutup selama-lamanya dari 8 September 2024," katanya.
Menerusi kenyataan yang sama, syarikat berkenaan turut mengajak para peminat Rotiboy untuk kongsikan kenangan manis mereka di cawangan berkenaan.
"Sebelum kita berpisah, sila kongsikan bersama kami jika anda mempunyai apa-apa kenangan manis di cawangan ini kerana ia amat bermakna kepada kami.
"Muat naik gambar, video atau ucapan anda dengan hashtag #goodbyerotiboyklcc dan jangan lupa untuk tag kami di caption," tambahnya.
Dalam pada itu, Rotiboy telah mengadakan pembukaan rasmi cawangan terbaru mereka di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam. Pembukaan cawangan berkenaan dilihat mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.
Diasaskan pada tahun 1998 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Rotiboy merupakan jenama roti tempatan yang mengembangkan sayapnya pada 2001. Sehingga kini, ia menjadi salah satu makanan yang digemari rakyat Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sebab kadar sewa yg naik |
|
|
|
|
|
|
|
1st time meols mkn rotiboy kt caw klcc ni lah.
Ngedet scandal kenal kt ym & sebelom grk blk ke destinasi masing² dia tapaukn menda alah ni utk meols kudap².
Semerbak bau rotiboy dlm lrt
Secebis kenangan ngam 21thn lepas masa depa mula² bukak kt klcc & org beratur melingkar |
|
|
|
|
|
|
|
Terus terhidu bau rotiboy through memori bila masuk tered ni.
So long rotiboy. Tapi franchise laien masih ada kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenangan. Macam kenangan ampang park.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku x penah mkn hat cheese tu |
|
|
|
|
|
|
|
Makan panas2 sedap rotiboy ni.
Terasa nak pi cari pula. Tapi everytime berada kat kedai yg jual, tak jadi beli rasa kenyang walaupun dari jauh mengembok2 bau roti ni memanggil. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 30-8-2024 10:24 PM
Rotiboy sedap kalau makan panas². Klasik/original tu paling sedap.
First time try Rotiboy kat KLCC ni la. Biasa terus beli 2. Semerbak bau sampai depan kedai. Teringin nak makan Rotiboy pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh KLCC jer...mmg patut pun sbb dah mahal sewa situ..manalah nak cover costs tinggi... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat KLCC pasal apa ke lg
Pasal sewa & tekanan management kepada penyewa |
|
|
|
|
|
|
|
aku slalu jer beli kat larkin atau pun kat City Square JB. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 kedai dia Kat wisma central, masa keje klcc selalu beli. Masa tu baru rm1.20 ke rm1.50 dh lupa. Pastu baru dorg bukak cawsngan kt dlm klcc..
Harap2 yg kt 1 utama ni tak tutup la |
|
|
|
|
|
|
|
Sewa aras bwh lagi tinggi dari atas
-------
Tahun 2011, kedai yang jual roti yang sedap dan wangi panggil” Roti Boy” di KLCC kadar sewa dah sampai RM70,000 sebulan , tapi tidak pasti sama ada sekarang masih kadar sewa yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 31-8-2024 05:48 AM
Sewa aras bwh lagi tinggi dari atas
-------
Tahun 2011, kedai yang jual roti yang sedap dan wangi pa ...
Mahalnya! |
|
|
|
|
|
|
| |
|