CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6821|Reply: 0

[Sabah] Menyaksi teater di atas bot di di tengah sungai

[Copy link]
Post time 1-9-2024 01:10 PM | Show all posts |Read mode


MENAKJUBKAN: Persembahan teater di atas bot di tengah sungai berlatar belakang gunung, yang mempersona pada waktu malam.
MALAM terakhir di Gulin, rombongan media dibawa menyaksikan teater terbuka yang terkenal dan sinonim di bandar itu -- pertunjukan  `Impressions Liu San Jie' tanpa dialog di atas bot di tengah Sungai Li.

Berlatar belakang gunung karst, persembahan 60 minit itu ternyata sangat memukau, apatah lagi dengan kombinasi pantulan cahaya dan muzik yang memberi kesan visual sangat dramatik.

Kami duduk dalam deretan kerusi bertingkat di tebing, menghadap sungai yang diadaptasi sebagai pentas persembahan.

Difahamkan, seramai 600 pelakon menjayakan persembahan itu.

Ia diarahkan oleh Zhang Yimou, seorang pengarah filem terkenal yang bertanggungjawab memeriahkan pembukaan dan penutupan Olimpik Beijing 2008.

Biarpun dalam keadaan renyai-renyai, kami tetap dapat menghayati kisah pertunjukan itu -- mengenai Liu San Jie, gadis legenda dari etnik Zhuang bersuara merdu yang menggunakan nyanyian untuk melawan kezaliman.


DESTINASI MENARIK: Pintu masuk untuk menyaksikan pertunjukan `Impressions Liu San Jie' di bandar Guilin.

Malam itu, kami beruntung dapat menyaksikan persembahan pada sesi pertama bermula tepat jam 8 malam -- dengan kapasiti 3,500 tempat duduk yang kelihatan begitu padat.

Ini kerana ketika kami berjalan keluar seusai persembahan, ribuan orang sedang berbaris menunggu untuk menyaksikan persembahan kedua yang bermula jam 9.30 malam.

Dengan menggunakan bot, lampu dan kostum tradisional untuk menghidupkan kisah Liu San Jie, memang tepat pertunjukan  `Impressions Liu San Jie' sesuatu yang amat mempersonakan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041484 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list