View: 33719|Reply: 24
|
[Jenayah]
Bermuka Helok, Abam Polis Cedera Akibat Diserang Suspek Menggunakan Gunting Pokok!
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Seorang anggota polis cedera di kedua-dua belah lengan selepas diserang seorang lelaki menggunakan gunting pokok dalam kejadian di Kampung Kijang Badang, di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, dalam kejadian jam 1 pagi, ketika sepasukan polis dari Balai Polis Badang termasuk mangsa ke sebuah rumah selepas menerima maklumat berhubung kes khianat.
Katanya, pasukan mahu membuat tangkapan ke atas suspek berusia lingkungan awal 30-an.
"Suspek menyerang polis dengan menggunakan gunting pokok besar.
"Dia mencederakan kedua-dua belah lengan seorang daripada anggota. Suspek diarahkan untuk memberi kerjasama dan menyerah diri tetapi lelaki itu bertindak agresif serta menyerang polis," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, untuk mempertahankan diri dan keselamatan awam, polis melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian paha kiri suspek.
Katanya, suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan dan dalam keadaan stabil.
"Suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 5 September ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 353 KK.
"Lelaki itu juga turut disiasat mengikut Seksyen 324 KK," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik mmg betul herlok... memula tgok yg blur td mcm tak helok jahhh.. baru nak carut |
|
|
|
|
|
|
|
dlm artikel lengan yg cedera, perut tu nape censored?? kene rodok ke apa?
**malas tgk video kot menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
Moga cepat sembuh abam pulis. |
|
|
|
|
|
|
|
First time betul2 herlok
Semoga cepat sembuh
@Kurex tak bersemoga lak rini |
|
|
|
|
|
|
|
Feeling2 edward scissorhand kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 1-9-2024 09:24 PM
Feeling2 edward scissorhand kah?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semoga abam polis cepat sembuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik wajah beliau tidak di apa2 kan si pelaku.
Kalau tak, besarlah kerugian kami2 semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga cepat sembuh abam polis |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh abam polis |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh abam polis helok |
|
|
|
|
|
|
|
DidiAndFren replied at 2-9-2024 02:37 AM
semoga cepat sembuh abam polis helok
Akhirnya,chuols berjaya menggunakan perkataan helok dgn betul |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|