CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16826|Reply: 0

[Sarawak] Harga tiket penerbangan bukan bidang kuasa Sarawak

[Copy link]
Post time 2-9-2024 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-9-2024 05:48 AM

Kuasa kawal atur, selia hal berkaitan penerbangan termasuk harga tiket terletak pada kerajaan persekutuan


FAZZRUDIN

"Saya hairan mengapa beliau tidak menghubungi rakan sejawatannya di persekutuan memandangkan adalah lebih mudah untuk berbuat demikian kerana wujudnya hubungan peribadi dengan menteri itu, daripada parti yang sama.”

Fazzrudin Abdul Rahman
Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak

KUCHING: Kuasa mengawal atur dan menyelia hal berkaitan penerbangan termasuk harga tiket terletak pada kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Pengangkutan.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, persoalan mengenai kadar tambang penerbangan yang tinggi harus diajukan kepada menteri bertanggungjawab bukannya kepada kerajaan negeri.

"Kuasa untuk mengawal selia dan menyelia hal ehwal penerbangan terletak pada kerajaan persekutuan.

“Menterinya, bos Chong (Chieng Jen) sendiri dalam DAP (Parti Tindakan Demokratik) iaitu YB (Yang Berhormat) Anthony Loke.

"Saya hairan mengapa beliau tidak menghubungi rakan sejawatannya di persekutuan memandangkan adalah lebih mudah untuk berbuat demikian kerana wujudnya hubungan peribadi dengan menteri itu, daripada parti yang sama.

"Persoalan yang mesti ditanya ialah mengapa beliau tidak mempercayai bosnya (Anthony Loke) sendiri, bukan sebaliknya menggesa kerajaan Sarawak untuk campur tangan," ujarnya.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata demikian menerusi kenyataan hari ini bagi menjawab gesaan Chong, Pengerusi DAP Sarawak agar Kerajaan Sarawak menangani isu kenaikan kadar tambang penerbangan seperti dilaporkan beberapa agensi media semalam.

Chong menerusi kenyataannya meminta Kerajaan Sarawak melibatkan diri lebih aktif dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi mengurangkan kadar tambang penerbangan yang tinggi, ternyata membebankan rakyat Sarawak, lebih-lebih lagi semasa musim perayaan.

Ahli Parlimen Stampin itu mencadangkan Kerajaan Sarawak mengadakan rundingan langsung dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk mendapatkan harga tiket lebih mampu milik bagi penduduk negeri ini.

"Ini boleh dilakukan. Persoalannya ialah sama ada Kerajaan Sarawak mengambil berat untuk melakukannya atau sebaliknya," kata ADUN Padungan itu.

Mengulas lanjut kenyataan Chong, Fazzrudin berkata umum sedia maklum Sarawak dalam proses mengambil alih MASwings dan kini masih di peringkat perbincangan berkaitan aspek-aspek teknikal.

Menurutnya, garis masa untuk syarikat penerbangan itu beroperasi tahun depan (2025).

"Saya juga mengambil maklum minat Chong terhadap cadangan Kerajaan Sarawak mengambil alih MASwings.

“Ini menunjukkan, terdapat sokongan, malah daripada pembangkang untuk Sarawak mempunyai syarikat penerbangan sendiri kerana keperluan mendesak dalam perkhidmatan udara.

"Walaupun beberapa pemimpin DAP Sarawak sebelum ini mempersoalkan cadangan itu dan daya majunya," katanya.

Fazzrudin berkata apabila pengambilalihan MASwings berjaya dan ia mula beroperasi, yang pasti ketersalinghubungan dan kebolehcapaian udara di rantau ini dipertingkatkan.

Ia pada masa sama, tambahnya mewujudkan persaingan dari segi harga tiket, memastikan harga tambang penerbangan tidak lagi dimonopoli.

"Pada masa sama, Kerajaan Sarawak masih memberi subsidi tiket penerbangan kepada pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (di Semenanjung Malaysia) untuk pulang melalui skim Graduan Pulang Sarawak (iGPS).

"Ini memberi manfaat kepada sehingga 12,000 pelajar setiap tahun. Mereka boleh memohon skim ini dua kali setahun dan menerima subsidi sehingga RM600 untuk penerbangan mereka," katanya.

Ujarnya lagi skim itu sudah pastinya meringankan beban pelajar dan ibu bapa untuk membayar tambang penerbangan pulang ke tanah air.

Pada masa sama katanya, Kerajaan Sarawak sedang berusaha merealisasikan syarikat penerbangannya sendiri untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.045842 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list