CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15991|Reply: 3

[Jenayah] Hilang iPhone Dekat Malaysia, Terkejut Jumpa Di China!

[Copy link]
Post time 2-9-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode




Seorang pelancong dari Wenzhou, China, Zeng Yusong kehilangan iPhone 15 Pro miliknya yang bernilai S$1,700 semasa bercuti di negeri di sebelah utara Malaysia, Pulau Pinang.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah telefon pintar tersebut tiba di kampung halamannya di Wenzhou sebelum dia sempat pulang, lapor MSN.

Menurut laporan Lianhe Zaobao, Zeng berada di Malaysia dan Singapura untuk melawat universiti-universiti tempatan bersama profesornya dan dua rakan sekelas.

Selepas menyedari telefon tersebut hilang, mereka segera kembali ke lokasi terakhir mereka menaiki kereta sewa dan bertemu dengan pemandu.

Namun, pemandu tersebut mendakwa telefon itu tidak ada di dalam kereta dan mungkin telah diambil oleh penumpang lain yang menaiki kereta selepas mereka.

Walaupun mereka cuba menjejak telefon menggunakan GPS, ia telah dimatikan.

Setelah kembali ke Singapura, kumpulan itu mendapati telefon Zeng kadang-kadang dihidupkan, memberi petunjuk bahawa seseorang sedang cuba membuka telefon tersebut tetapi segera mematikannya untuk elak daripada lokasinya dikesan.

Pada 4 Ogos, mereka kembali ke China seperti yang dirancang dan Zeng sudah berserah dengan kehilangan iPhone tersebut.

Bagaimanapun, semasa berada di Hong Kong, mereka mendapati bahawa telefon Zeng telah dikesan berada di Wenzhou, bandar di mana mereka belajar.

Lebih khusus lagi, telefon tersebut berada di sebuah pusat membeli-belah kira-kira 80 kilometer dari kampus mereka.

Setibanya di China pada 5 Ogos, Zeng segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis, yang kemudian menemaninya ke sebuah kedai telefon terpakai di pusat membeli-belah tersebut.

Di sana, rakaman CCTV menunjukkan seorang pekerja kedai sedang menghidupkan telefon Zeng sewaktu ia dikesan melalui GPS.

Pekerja kedai ketika disoal siasat memberitahu bahawa sepasang suami isteri yang kebetulan melancong ke Penang mendakwa telah menemui telefon tersebut di dalam kereta sewa.

Mereka mendakwa telah menunggu lebih dari 10 minit di tempat mereka menemui telefon sebelum memutuskan untuk membawanya pulang ke Wenzhou.

Pasangan tersebut cuba menjual telefon itu, tetapi kerana ia tidak dapat dibuka kuncinya, pekerja kedai enggan membelinya dan mereka meninggalkan telefon tersebut di kedai untuk pekerja itu cuba membuka telefon tersebut.

Zeng bagaimanapun tidak percaya dengan cerita pasangan tersebut.

Dia merasakan bahawa mereka sengaja mematikan telefon untuk mengelak ianya dikesan, dan menambah bahawa mereka sepatutnya menyerahkan telefon itu kepada pemandu kereta atau pihak polis tempatan di Penang, bukannya membawanya pulang ke Wenzhou.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2024 05:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2024 05:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipong nak blk dulu taknak duduk maleizia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.417968 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list