CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31199|Reply: 1

[Tempatan] Hari Kebangsaan: 20,000 pelancong Malaysia ke wilayah Selatan Thailand

[Copy link]
Post time 2-9-2024 09:06 PM | Show all posts |Read mode
MUTAKHIR

Hari Kebangsaan: 20,000 pelancong Malaysia ke wilayah Selatan Thailand

BERNAMA



PINTU masuk Bukit Kayu Hitam di sempadan Malaysia-Thailand. FOTO Arkib NSTP


Pattani: Seramai 20,000 pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (RM12.71 juta) kepada ekonomi tempatan sempena cuti panjang untuk sambutan Hari Kebangsaan Sabtu lepas.

Kebanyakan pelawat dari Malaysia dilaporkan menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.

Pengarah Pejabat Pelancongan dan Sukan Songkhla, Wilawan Pobunsong, berkata secara umum, jumlah pelancong Malaysia yang memasuki pintu masuk untuk bercuti di kawasan selatan Thailand ini amat menggalakkan, terutamanya ketika cuti umum atau cuti sekolah di Malaysia.


"Secara keseluruhannya, seramai 20,000 pelawat dari Malaysia telah bercuti di wilayah selatan Thailand pada cuti panjang hujung minggu lepas iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.

"Antara kawasan tumpuan pelancong Malaysia ialah di Pantai Samila, Bandar Lama Songkhla dan Pasar Terapung Khlong Hae di Wilayah Songkhla," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Wilawan berkata, sepanjang tempoh tiga hari itu, pelancong Malaysia dianggarkan menyumbang kira-kira 100 juta Baht kepada sektor ekonomi tempatan.

Selain itu, Ketua Jabatan Kastam Betong, Praornrat Rattanspornsomporn, berkata mulai Jumaat hingga Ahad lalu, seramai 4,000 hingga 5,000 pelancong Malaysia memasuki pintu Betong.

"Kemasukan pelancong Malaysia, terutamanya ketika cuti umum, sentiasa ramai dan difahamkan tempat-tempat penginapan di Betong juga mencatatkan tempahan hampir 95 peratus," katanya.

Thailand menerima kedatangan 17.5 juta pelancong asing dan menjana pendapatan kira-kira 825.541 bilion Baht (RM106.22 bilion) bagi separuh pertama tahun ini.

Statistik Kementerian Pelancongan dan Sukan menunjukkan dari Januari hingga Jun tahun ini, pelancong dari China menduduki senarai teratas dengan 3.43 juta, diikuti Malaysia (2.43 juta) dan India (1.04 juta) dalam tempoh yang sama.

Disiarkan pada: September 2, 2024 @ 8:18pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-selatan-thailand

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 04:39 AM | Show all posts
Bukti harga beras mahal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.211139 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list