View: 40891|Reply: 0
|
[Jenayah]
[Edisi Bukan KL] Terdapat Tanda-Tanda Mendapan Tanah, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup!
[Copy link]
|
|
Jalan Bandar Rawang 2, yang terletak bersebelahan pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), ditutup sementara kerana terdapat tanda-tanda mendapan tanah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat, menjelaskan bahawa tindakan ini diambil untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan oleh agensi berkaitan.
Menurut beliau, kejadian serupa pernah dilaporkan pada awal tahun ini, dan masalah tersebut kembali dikesan baru-baru ini.
"Kemungkinan di bawah jalan tersebut terdapat longkang besar yang strukturnya perlu melalui proses pembaikan.
"MPS telah menutup sementara jalan tersebut bagi tujuan siasatan sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya seperti dilapor Sinar Harian pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tempoh penutupan jalan bergantung kepada hasil pemeriksaan keselamatan di lokasi berkenaan.
"Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif dan mematuhi arahan keselamatan ditetapkan sepanjang tempoh penutupan tersebut.
"Langkah yang diambil adalah demi menjaga keselamatan pengguna dan mengelak insiden tidak diingini berlaku, " katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|