View: 29061|Reply: 4
|
Biden, Harris akan bertemu pasukan perunding AS mengenai perjanjian tebusan Gaza
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sedang berusaha untuk mencapai perjanjian pembebasan tebusan selepas kematian enam orang tebusan di Gaza, termasuk seorang warga Amerika-Israel.
Jadual rasmi Biden disemak semula untuk memberi masa bagi pertemuan di Rumah Putih, yang akan dihadiri oleh Naib Presiden Kamala Harris, yang bertanding menggantikan beliau dalam pilihan raya presiden pada bulan November ini.
Satu kenyataan yang mengumumkan jadual terkini Biden berkata beliau dan Harris akan bertemu dengan pasukan perunding perjanjian tebusan AS, hari ini, berikutan pembunuhan Hersh Goldberg-Polin dan lima lagi tebusan oleh Hamas Sabtu lalu.
Mereka akan membincangkan usaha untuk mencapai perjanjian yang menjamin Gaza.
Puluhan tebusan dibebaskan semasa gencatan senjata selama seminggu pada bulan November lalu dengan kempen dan ahli keluarga percaya bahawa perjanjian lain adalah pilihan terbaik untuk memastikan baki tebusan kembali.
Satu mogok besar-besaran diadakan di Israel bertujuan meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk memastikan pembebasan baki tebusan yang dijadualkan bermula hari ini.
Keluarga dan penyokong tebusan menuduh pentadbiran Netanyahu tidak melakukan cukup untuk membawa tebusan itu pulang dengan selamat, dan menyeru gencatan senjata segera untuk menyelamatkan baki tebusan. - AFP
Sumber – BH |
|
|
|
|
|
|
|
gelak la ko atas dunia sementara ni |
|
|
|
|
|
|
|
Elok mati jer terus hostage tu semua. Gaza dah total demolish. Now yahudi lehnat bagi Polio pula kat Palestinian kids. Another genocide kalau hidup esok besar nanti tunggu la cancer pula menanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Netanyahu sanggup tengok tebusan dibunuh asalkan dia boleh terus mengebom Gaza. Objektif dia lancarkan perang hanyalah untuk genocide, bukannya nak bebaskan tebusan pun. Sebab itu dia tolak bulat-bulat gencatan senjata dengan hamas. Rakyat Israel sendiri pun dah memberontak dengan kerajaan kerana tindakan PM itu tidak mencerminkan kehendak mereka,iaitu mendapatkan balik tebusan secara rundingan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|