CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39205|Reply: 12

[Tempatan] China desak Malaysia untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti di kawasan kaya minyak di perairan Sarawak

[Copy link]
Post time 3-9-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ketegangan antara Malaysia dan China sekali lagi terjadi selepas Beijing desak Malaysia untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti di kawasan kaya minyak di perairan Sarawak, lapor Malaysia Now.



Tindakan tersebut disampaikan melalui nota protes yang dihantar ke kedutaan Malaysia di China minggu lalu, seperti dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer yang turut menerbitkan dokumen tersebut.

Dokumen itu menuduh Malaysia menceroboh kawasan yang didakwa oleh China berdasarkan peta kontroversi yang menunjukkan tuntutan kedaulatan Beijing di Laut China Selatan, dikenali sebagai “9 garis putus-putus” (nine-dash line).

Nota tersebut turut menyatakan rasa tidak puas hati Beijing terhadap aktiviti pencarian minyak dan gas Malaysia di sekitar Gugusan Beting Raja Jarum, atau lebih dikenali sebagai Luconia Shoals.

Bagi China, gugusan terumbu ini dirujuk sebagai “Nankang Ansha” dan “Beikang Ansha”, walaupun jaraknya hanya 100 km dari Sarawak dan hampir 2,000 km dari tanah besar China.

Permintaan dari China ini berlaku meskipun Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah cuba mengendurkan ketegangan dengan nada diplomatik yang lebih lembut, terutama ketika beliau menggambarkan China sebagai “sahabat sejati” dalam usaha meredakan sikap tegas Beijing terhadap tuntutan wilayahnya.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa kawasan tersebut adalah wilayah Malaysia dan Petronas akan terus menjalankan aktiviti eksplorasinya.

Malaysia dan China adalah antara tujuh negara yang mempunyai tuntutan wilayah di Laut China Selatan, bersama Brunei, Taiwan, Indonesia, Filipina, dan Vietnam. Tuntutan China berdasarkan “nine-dash line” yang telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague pada tahun 2016.

Namun, China tetap bertegas dengan peta baharunya, “9 garis putus-putus” (nine-dash line), untuk memasukkan kawasan tambahan berhampiran Taiwan.

Di tengah ketegangan ini, Petronas, syarikat minyak negara Malaysia, terus beroperasi di zon ekonomi eksklusif termasuk Gugusan Beting Raja Jarum.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni..dekat gn sarawak nk declare dia pnya. Dekat dgn filipin pon nk kata dia pnya.. xcukup lg ke korang dh set up china town kat hmpir semua negara? Ehh tiberr
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:03 AM | Show all posts
Sebaiknya Malaysia mundur dan mematuhi "Titah atau Perintah"  Xi Jin Ping jika X mahu diperlakukan sama dengan Philipina ...

Ingat ... Walaupun di back up oleh USA .. China pun tetap agresif terhadap Philipina .... Sedangkan Malaysia ...Tanpa back up .. Apa yang bisa diperbuat oleh Malaysia untuk counter China ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena mtk tolong abam putin lah ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua menda nak kaco ko ni haihhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:17 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 4-9-2024 08:19 AM
monsterwife replied at 4-9-2024 01:42 AM
Kena mtk tolong abam putin lah ni

Untuk apa meminta bantuan Bang Putin .... Bukankah Malaysia ada FPDA .. Selain itu aneh jika Malaysia Mahawngsa Penguat Kuasa Alam Melayu yang maha hebat dan maha kuat itu X berani  menantang dan menyatakan perang kepada China ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Menuntut benda yg tak sah
Bole la geng ngan konoha semua benda nk claim dia punya
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gerakan s4s boleh ambik peluang handle masalah ni. Huhuhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 01:07 PM | Show all posts
agaknya semua kawasan laut china selatan hak depa... semua nak konker
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu ini nampaklah perlunya amerika duk menyibuk kat laut china selatan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dorg ni planted apa² bwh tiang2 ecrl tu. Kita pun xboleh buat apa. Dah semua nak pakai pekerja dia. Ntah siapa yg buat agreement macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa kan bangnon and mahathir apabila china knock ur door untuk ambil yang supposedly belong kepada malaysia... Apabila main kan polemic humanity issue apabila support hamas minta tanah israel dengan perang... Prolly malaysia school syllabus tidak ajar UN function and treaty...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Opps lupa... Indo nusajaya pernah withdraw dari UN untuk confrontation dengan malaysia..ticket untuk serang malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.066823 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list