CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10839|Reply: 0

[Sarawak] Pengunjung gusar disengat serangga berbisa di Lapangan Rekreasi Limbang

[Copy link]
Post time 4-9-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan Lapangan Rekreasi Limbang yang agak semak dan tidak diselenggara.

LIMBANG: Orang ramai melahirkan kegusaran selepas berlaku insiden beberapa pengunjung yang disengat serangga berbisa ketika beriadah di Lapangan Rekreasi Limbang dekat sini.

Kerisauan itu timbul susulan keadaan taman rekreasi itu yang semak dan tidak diselenggara menyebabkan ia menjadi sarang dan habitat serangga berbisa.

Peniaga aiskrim Norliza Zainal, 30-an, memberitahu media bahawa dia pernah disengat lebah ketika mengunjungi taman itu awal tahun ini bersama anaknya.

“Memang risaulah, lebih-lebih lagi ketika membawa anak bersama, nasib baik saya yang disengat, kalau anak saya tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Menurutnya Lapangan Rekreasi Limbang merupakan kawasan riadah dan tumpuan untuk orang ramai beriadah pada waktu petang.

“Dulu memang saya berniaga aiskrim di sini tapi belum ada insiden disengat lebah berlaku.

“Bagaimanapun keadaan taman awam yang kurang diselenggara dan agak semak, memang mengundang kerisauan kepada pengunjung yang datang,” ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Alice Lim, 40-an, turut berkongsi insiden disengat serangga berbisa baru-baru ini.

Katanya, kejadian tidak dijangka itu berlaku ketika dia beriadah di taman tersebut.

“Mula-mula tak perasan ada serangga berbisa, pulang ke rumah habis tangan dan kaki lebam dan kemerahan.

“Memang tak sangka insiden disengat serangga di taman tersebut kerana Lapangan Rekreasi merupakan kawasan tumpuan,” katanya.

Lim berharap pihak berkuasa tempatan dapat menyelenggara kawasan berkenaan bagi mengelakkannya menjadi ‘sarang’ haiwan berbisa lain seperti ular dan sebagainya.


SUFIAN

Sementara itu Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat ketika dihubungi hari ini bagi mengulas insiden tersebut menjelaskan, kerja penyelenggaraan Lapangan Rekreasi Limbang masih tertakluk di bawah pihak kontraktor yang diamanahkan menyelenggara taman itu sehingga hujung tahun ini.

Katanya, taman awam berkenaan belum diserahkan secara rasmi kepada pihak MDL.

“Bagaiamanapun kita telah memberi amaran dan teguran beberapa kali kepada kontraktor terbabit demi keselamatan orang ramai namun kurang mendapat kerjasama yang baik daripada kontraktor terbabit,” dedahnya.  

Katanya, aduan mengenai kejadian itu turut dimaklumkan kepada Jabatan Landskap Negara agar tindakan berkaitan akan dikenakan kepada kontraktor terbabit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.058990 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list