View: 35784|Reply: 9
|
Peniaga pasar malam di Perlis wajib henti berniaga waktu maghrib
[Copy link]
|
|
KANGAR – Semua peniaga pasar malam di negeri ini diwajibkan memberhentikan sementara perniagaan pada waktu maghrib bermula 15 September depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd. Jalil berkata, perkara itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang bersidang pada 21 Ogos lalu.
Katanya, pelaksanaan itu adalah bagi program Berhenti Dulu Kita Solat sebagai salah satu inisiatif memperkasakan kempen Hayya Ala-Solah.
“Melalui program ini, semua peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di pasar malam diwajibkan memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu maghrib bagi menghormati waktu solat.
“Program ini berkuat kuasa pada 15 September depan di semua tapak pasar malam di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta di seluruh negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, tempoh pelaksanaan program itu bermula 10 minit sebelum masuk waktu dan 10 minit selepas masuk waktu solat tersebut.
“Ia juga bagi membolehkan para peniaga dan pengunjung untuk menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa,” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
sana majoriti melayu muslim oklah senang nak implement. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat pasar malam lepas ishak jer lah senang |
|
|
|
|
|
|
|
sama mcm kelantan. tekejut meols dulu masuk maghrib org kedai xnak layan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Mekah & Madinah pun sma
|
|
|
|
|
|
|
|
kt sana time nk msk azan je masing2 tarik pintu kedai berlari gi masjid
|
|
|
|
|
|
|
|
Yep, brg2 tinggal kat cashier pun x luak, massive respect
|
|
|
|
|
|
|
| |
|