CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7617|Reply: 0

Ciptaan hebat cermin mata bantu masalah pendengaran - "Pengguna tidak perlu memakai apa-apa peranti tambahan kecuali cermin mata”

[Copy link]
Post time 5-9-2024 09:29 AM | Show all posts |Read mode





INOVASI alat bantuan bagi mereka yang berdepan masalah pendengaran telah melangkah ke tahap baharu apabila menggabungkan keupayaan deria lain bagi melengkapkan kekurangan yang dihadapi.


Menggabungkan deria penglihatan bagi membantu masalah kehilangan pendengaran ringan hingga sederhana, syarikat cermin mata dan optikal Itali-Perancis, EssilorLuxottica memperkenalkan Nuance Audio, inovasi audiologi dalam bingkai cermin mata yang memberikan kejelasan penglihatan serta bunyi secara serentak.


Menurut pakar optometri, Dr. Darryl Glover penglihatan adalah antara deria yang sangat berhubung pendengaran dan memainkan peranan penting dalam mentafsir dunia di sekeliling manusia.


“Nuance Audio, mewakili inovasi teknologi terkini, menyepadukan peranti audiologi dengan lancar dalam sepasang bingkai cermin mata.


“Menerusi prototaip terakhir, inovasi ini berkesan menghilangkan stigma yang berkaitan dengan pemakaian alat pendengaran. Pengguna tidak perlu memakai apa-apa peranti tambahan kecuali cermin mata,” katanya menerusi temu bual dengan satu media antarabangsa baru-baru ini.


Mengulas tentang bagaimana cermin mata Audio Nuance berfungsi, Glover memberitahu, ia mengubah cara pendengaran dengan menguatkan bunyi dalam garis penglihatan pemakai.


Fungsi yang disertakan membolehkan pengguna melaraskan kelantangan, memilih antara pendengaran khusus atau 360 darjah dan menghidupkan atau mematikan peranti mengikut keperluan.


“Ini amat membantu dalam persekitaran yang bising seperti yang kita alami sekarang.


“Inovasi ini direka untuk membantu orang yang mengalami kehilangan pendengaran ringan hingga sederhana, selalunya tidak mempunyai penyelesaian yang berdaya maju dengan peranti sedia ada,” tambahnya.


Tambahnya, menyepadukan audiologi ke dalam optometri merapatkan jurang yang penting dan merupakan peluang yang sangat baik untuk pesakit yang memerlukan bantuan visual serta pendengaran.


Sementara itu, Presiden Pemborong Amerika Utara di EssilorLuxottica, Fabrizio Uguzzoni memberitahu, Nuance Audio mempunyai rekaan cermin mata dalam pelbagai gaya dengan dua pilihan warna burgundy dan hitam.


Setiap pakej termasuk pengecas dengan sistem pengecasan tanpa wayar magnetik dan alat kawalan jauh membenarkan pelarasan mudah seperti tetapan kelantangan, mod dan kuasa.


“Cermin mata ini mungkin kelihatan seperti sedia ada di pasaran tetapi ia membolehkan pengguna melihat dunia dalam konsep baharu.


“Ia boleh menawarkan mereka keupayaan untuk mendengar dengan lebih baik. Teknologi ini akan mengubah kehidupan individu yang menggunakannya dan memberi kesan positif kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036344 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list