CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10402|Reply: 31

“Agak menyedihkan.. Apalah maknanya rakyat Malaysia jika tidak tahu berbahasa Melayu'” – Pakar Bahasa, Prof Emeritus Dr Teo Kok Seong

[Copy link]
Post time 5-9-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Kerajaan perlu lebih tegas mengangkat martabat bahasa Melayu dengan memastikan penggunaannya diutamakan dalam kalangan rakyat Malaysia serta setiap acara rasmi.


Pakar bahasa, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, tiada maknanya individu itu bergelar rakyat Malaysia seandainya mereka tidak memahami Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan paling utama dalam negara.


"Saya kira sekarang ini ada keperluan tarbiah hal macam ini kepada masyarakat dan pemimpin kerana pemimpin pun tidak faham kadang-kadang kita dapati komen daripada menteri Cina pun tidak betul sebab mereka tidak faham mengenai dasar bahasa di negara kita.


"Kita tidak nafikan keperluan bahasa lain contohnya bahasa Inggeris sebab ia bahasa antarabangsa, malah kita juga akui kehebatan bahasa Cina Mandarin itu antara bahasa terbesar di dunia dan bahasa kebangsaan di China.


"Tetapi dalam negara kita, martabat dan taraf bahasa Mandarin itu cuma sebagai bahasa sukuan orang Cina yang penting dalam ranah kekeluargaan dan komuniti Cina saja begitu juga bahasa Tamil.


"Jadi, semua pihak perlu faham dan hormati perlembagaan bahawa bahasa Melayu ini bahasa utama kita dalam erti kata lain semua wajib tahu bahasa Melayu jika tidak apalah maknanya dikatakan rakyat Malaysia kalau tidak tahu berbahasa Melayu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Beliau mengulas mengenai penggunaan bahasa Melayu masih tidak digunakan sepenuhnya dalam negara walaupun sudah mencapai 67 tahun kemerdekaan sehingga ada program kerajaan dilaksanakan dalam tiga bahasa.


Mengulas lanjut, Teo yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, jika keadaan seumpama itu terus berlarutan, beliau percaya bahasa Melayu akan pupus apabila peranannya diambil alih bahasa lain.


"Memang agak menyedihkan sudah 67 tahun usia kemerdekaan Malaysia tetapi kita masih tidak merdeka dari segi penggunaan bahasa Melayu.


"Kita masih dijajah apabila minda kita masih terkongkong dalam erti kata kita agungkan bahasa lain macam bahasa Inggeris bukan salah orang putih tetapi kita sendiri yang mengada-ngada sedangkan bukan tidak boleh (guna bahasa lain) tetapi perlu berpada-pada dan tengok keadaan.


"Jika berterusan macam sekarang, bahasa Melayu akan pupus bukan hilang selama-lamanya tetapi beralih daripada bahasa utama kepada bahasa kecil dan tidak penting kerana ranahnya diambil alih bahasa lain," katanya.


Justeru katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ada tekad politik lebih tegas untuk mengangkat martabat bahasa Melayu seperti ketegasan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa menjadi perdana menteri termasuk pernah berucap dalam bahasa kebangsaan pada majlis penting Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).


"Bahasa Melayu boleh menjadi elemen perpaduan baik untuk menyatukan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa contohnya kejayaan Indonesia mengikat rakyatnya yang pelbagai kaum dengan menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional mereka.


"Kita juga pernah guna nama bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia, tetapi sayangnya sikap kita sama saja, malah ada agensi kerajaan sendiri guna bahasa lain dalam program mereka jadi kalau mereka tidak memberi contoh baik jangan salahkan pihak swasta tidak gunakan bahasa Melayu.


"Seharusnya pemimpin perlu tegas dalam hal ini terutama program dianjurkan kementerian mesti guna bahasa Melayu sepertimana termaktub dalam Pekeliling Pemerkasaan Penggunaan bahasa kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam pada 2020," katanya.






Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
agreeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 11:35 AM | Show all posts
Perjuangan Prof ni bakal seiring dgn mendiang Prof Kho Kay Kim. Dibenci komuniti type C
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zuriey at 5-9-2024 11:37 AM

Ada sorng budak ni yg i kenal tak tahu langsung berbahasa
Masuk sekolah kena palau dgn cikgu dan kwn2 siap cikgu panggil mak dtg sekolah suruh pindahkan ke private school..
Sebab tu elok ko ckp je dwi bahasa dkt rumah tu
Tak de la bengap sgt budak tu satu perkataan melayu pun tak tahu padahal mak ko lahir tepi sungai pahang bapak ko hari2 mkn budu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
"Wa 'pakai' ini negara untuk buat wang saja maaa...ini negara banyak sinang buat wang dia punya law banyak sinang..Lu tak percaya..asing olang pon boleh sinang buat wang sini negara.Lain hal apa pasal wa mau ikut"-Wa
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_almondpecan at 5-9-2024 11:57 AM

Saya kenal beberapa pemimpin Melayu yang anak beranaknya tak berapa reti cakap Melayu sebab dari kecik cakap omputih kat rumah. Yang saya tak kenal pun pasti la ada. Kita pun pernah tengok terpampang kat youtube betapa pemimpin Melayu pun tergeliat lidah baca teks ucapan BM pelat semacam. Jadi fenomena ni bukan saja terjadi di kalangan bukan Melayu cumanya dia lebih ketara la dalam group tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2024 11:59 AM | Show all posts

Tyle C mmg  bodoh
Bkn bodoh BM je english pun bodoh
Ckp melayu pun terkangkang2
Makan apa tah benak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 5-9-2024 11:59 AM
Tyle C mmg  bodoh
Bkn bodoh BM je english pun bodoh
Ckp melayu pun terkangkang2

Sekarang C kalau speaking sikit2 this one right, actually right,
Semua benda lah nak sebut perkataan right, right, right. Rengsa aku.
Dulu lah, lah, lah, mah, mah, mah.
Betul lah kata kau, BM out, BI acah2 terer pun ke laut mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 12:15 PM | Show all posts
Sangat setuju dengan pernyataan ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:38 PM | Show all posts
dia akan dibenci oleh kaum dia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko bukak2 mana job portal baca requirement apa dia nak. Kalo x English mandarin kena Tau. Bm x Tau pun x pe. Ini la realiti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Don wori, bahasa bm merata2 dipakai oleh warga asing bangla vetnam indon nepal china, malah mereka bercakap bm sesama bangla-vetnam, indo-bangla, nepal-vetnam,
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:17 PM | Show all posts
tungkai replied at 5-9-2024 11:35 AM
Perjuangan Prof ni bakal seiring dgn mendiang Prof Kho Kay Kim. Dibenci komuniti type C

sbb tu la diorg jd prof,diorg dah kaji kebenarannya ,
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu
Tapi mereka tak hirau dan tak ambil kisah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:50 PM | Show all posts
dah bangsa melayu sendir mengagungkan bhse omputeh kalau ckp melayu i look stupit u know
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup je SJKC SJKT memang problematic.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 5-9-2024 11:35 AM
Ada sorng budak ni yg i kenal tak tahu langsung berbahasa
Masuk sekolah kena palau dgn cikgu dan kwn ...

Melayu ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakikatnya mmg ramai org Malaysia yg tak reti cakap Melayu. Org Melayu sendiri pun berlambak tak reti cakap. Kalau cakap pun pelat terbelit2 lidah. Belum kira lagi yg tak pandai menulis dlm BM. Meng, mem, men pun tak reti nak guna. Sedih tengok
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 04:00 PM | Show all posts
Jikookie replied at 5-9-2024 03:55 PM
Hakikatnya mmg ramai org Malaysia yg tak reti cakap Melayu. Org Melayu sendiri pun berlambak tak ret ...

anak aku mcm ni lah. stress aku dgn BM dia padahal kat rumah dok cakap melayu je pun.
tak tau kenapa yg english dia bukan main lagi tapi BM dia bukan takat mengarang bercakap pun kadang aku rasa ayat anak aku pelik.
dah mcm dia think english pastu translate BM.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 04:43 PM | Show all posts
Setuju.. Menguasai Bahasa Melayu bukan kesalahan..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.100049 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list