CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21142|Reply: 0

[Sarawak] Benteng hakisan sungai di Long Bemang dijangka siap Mei 2026

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:42 PM | Show all posts |Read mode


Dennis (duduk di dalam jentolak) bergambar bersama para penduduk di Kampung Long Bemang selepas majlis pecah tanah terbabit.

MIRI: Penduduk Kampung Long Bemang boleh menarik nafas lega dengan pembinaan benteng hakisan sungai sepanjang 200 meter di kawasan terbabit yang bakal siap pada Mei 2026 nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau berkata, projek di hadapan kampung itu menelan kos RM8.88 juta.

“Projek tersebut adalah antara projek yang telah saya usahakan beberapa tahun lepas dan syukur dengan hasil susulan yang dilakukan banyak kali, projek berkenaan dilaksanakan pada tahun ini,” jelasnya.

Dennis berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah dan Kesyukuran Projek Membina Benteng Hakisan Tebing Sungai di Depan Kampung Long Bemang Baram, baru-baru ini.

Menurutnya, projek berkenaan antara projek utama yang menelan kos besar dan sudah pasti mengambil masa untuk melaksanakannya.

“Rumah panjang di Long Bemang merupakan kawasan yang sering dilanda banjir sekurang-kurangnya tujuh kali dalam tempoh setahun.

"Oleh itu, projek benteng hakisan tersebut amat diperlukan.

“Projek tersebut akan dilaksanakan oleh syarikat tempatan dan dipantau rapi oleh Jabatan Kerja Raya Bahagian Miri bagi memastikan ia siap mengikut jadual yang ditetapkan,” ujarnya.

Dengan siapnya projek itu pada tahun 2026 nanti, Dennis berharap penduduk di sekitar kampung terbabit akan dapat tidur dengan lena.

Pada masa sama, beliau turut mahu setiap penduduk memberi kerjasama sepanjang pelaksanaan kerja-kerja pembinaan untuk memastikan projek berjalan dengan lancar.

“Projek ini akan dilakukan berperingkat.

"Walaupun tidak dapat membina untuk seluruh atau sepenuhnya kawasan kampung kerana melibatkan kos yang amat besar, namun kita bersyukur dengan yang telah diluluskan bagi mengelakkan berlakunya banjir.

“Saya minta kesemua penduduk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya agar ia dapat disiapkan dalam tempoh yang diminta,” katanya.

Tambah Dennis, antara projek lain yang akan menyusul untuk manfaat penduduk ialah Projek Loji Air dan Projek Jalan dari simpang Kampung Long Bemang.

“Dua projek tersebut dan projek pembinaan hakisan terbabit memerlukan kos sehingga RM70 juta dan ini adalah limpahan pembangunan yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.035965 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list