CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30763|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 31 nelayan Telok Kemang 'bernyawa' kembali

[Copy link]
Post time 5-9-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode


AMINUDDIN (tiga dari kiri) bersama ahli Exco dan nelayan Port Dickson yang menerima bayaran pampasan bagi projek pembangunan. FOTO Mohd Amin Jalil

Port Dickson: Seramai 31 nelayan di Telok Kemang, Port Dickson di sini, yang terkesan ekoran projek pembangunan hotel terkemuka menerima pampasan masing-masing RM3,000 untuk tiga bulan pertama.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, projek berkenaan bermula sejak Jun lalu dan pampasan bulanan sebanyak RM1,000 turut akan diberikan secara terus kepada penerima melalui Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang (PNKTK) selepas ini.

"Bayaran ini berterusan hingga 12 tahun bagi memastikan nelayan terbabit tidak terjejas dari segi hasil pendapatan.


"Seramai 20 pemilik bot dan 11 awak-awak yang juga nelayan kapal tradisional menerima pampasan itu," katanya selepas program penyerahan pampasan kepada nelayan Telok Kemang di sini, semalam.

Beliau berkata, lokasi yang terbabit dalam pembangunan itu membabitkan sebahagian dari kawasan penangkapan hasil laut oleh PNKTK yang berpangkalan di Pengkalan Telok Pelandok di sini..


"Projek pembangunan hotel itu akan berjalan selama lima tahun bermula 2024 hingga 2029 dengan nilai pembangunan sebanyak RM1.6 bilion.
Projek itu membabitkan komponen binaan bilik penginapan sebanyak 1,710 unit iaitu 910 unit atas laut dan 800 suite kolam bertingkat.

Aminuddin berkata, terdapat 611 nelayan berdaftar di Port Dickson dengan jumlah tangkapan 187 metrik tan bernilai RM 3.1 juta dan nelayan di Pengkalan Nelayan Telok Pelandok menyumbang enam peratus hasil tangkapan keseluruhan di Port Dickson.

Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata pihaknya melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri telah meluluskan belanjawan 2025 yang dijangka dibentangkan hujung tahun ini.

Beliau berkata, hasil keputusan itu daripada pemukiman bengkel konsultasi belanjawan 2025 yang diadakan di Putrajaya pada Ogos lepas dan dipersetujui semua ahli Exco pada mesyuarat semalam.

"Kita meluluskan bajet di peringkat MMK, setelah berbincang dan diharmonikan beberapa perkara serta dibentangkan semula kepada mesyuarat Exco terdapat sedikit perubahan yang dibuat namun semuanya dalam keadaan baik," katanya.

Disiarkan pada: September 5, 2024
sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073350 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list